Lelaki Menyampah Jiran Banyak Kali Minta Nak Mandi Kolam, Beri Alasan Pemilik Rumah Lama Benarkan

Foto: Forbes

Seorang lelaki menerusi perkongsian di laman Reddit, meluahkan rasa kesal terhadap jirannya yang selalu bertanya untuk menggunakan kolam renang miliknya.

Jiran tak faham bahasa

Sekadar gambar hiasan

Lapor Mirror, jiran kepada lelaki ini seolah-olah tidak ‘faham bahasa’ dan bertanyakan sama ada mereka boleh berenang di situ atau pun tidak walaupun tidak mendapat sebarang keizinan. Ujar lelaki ini lagi, dia dan isterinya baru sahaja berpindah ke rumah tersebut yang dilengkapi kolam renang.

Selepas beberapa bulan menetap di kejiranan baru, beberapa jiran lelaki ini bertanyakan sama ada mereka dibenarkan menggunakan kolam tersebut dan mendakwa pemilik rumah terdahulu memberi keizinan kepada jiran-jirannya untuk datang berenang pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, pasangan ini menjelaskan mereka tidak suka kawasan ‘peribadi’ tersebut diceroboh dan rumah tersebut dibeli pada Februari yang lalu.

Ia adalah rumah keluarga tunggal, dan kami lebih suka menyendiri. Kami mempunyai kawan sekali-sekala dan kami suka mengajak orang ramai untuk makan, minum, dan sudah tentu pesta kolam renang sekarang kerana cuaca yang bersesuaian.

Dalam pada itu, pemilik rumah berkenaan berulang kali menolak permintaan jiran-jirannya dengan sopan dan dia turut akui ‘bosan’ dengan permintaan tersebut.

Sumber: Mirror


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/lelaki-menyampah-jiran-banyak-kali-minta-nak-mandi-kolam-beri-alasan-pemilik-rumah-lama-benarkan