Lelaki Mengaku Tikam Bapa Sebab Dah Bosan, Penat Jaga

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki di Kabupaten Ngawi, Jawa Timur Indonesia didakwa membunuh bapa kandung sendiri yang sedang terlantar akibat strok hanya kerana sudah bosan menjaganya.

Bunuh bapa sebab bosan jaga

Menurut Pegawai Polis Ngawi, Hendry Ferdinand Kennedy, suspek berusia 19 tahun itu tergamak melakukan perkara kejam terbabit kerana bosan menjaga bapanya yang diserang angin ahmar.

Daripada keterangan beberapa saksi, suspek memang tiada pekerjaan lain selain menguruskan bapanya.

Dia (suspek) turut mengaku kepada polis yang dia dah bosan jaga ayahnya yang sakit sehingga sanggup membunuh mangsa.

Difahamkan, suspek merupakan seorang penganggur dan selama ini hanya menjaga bapanya yang sakit di rumah. Dia turut mengakui meminta wang daripada mangsa dengan alasan ingin mencari kerja, namun tidak diberikan.

Ditemui berlumurah darah

Sekadar gambar hiasan

Mayat mangsa ditemuiĀ berlumuran darah di rumah sewanya di Desa Gayam pada Jumaat lalu. Walau bagaimanapun, suspek dikatakan sempat melarikan diri sebelum pihak polis berjaya menahannya.

Mayat bapa kepada tiga anak itu pertama kali ditemukan oleh anak perempuan mangsa yang ingin menziarahi bapanya.

Panggilan anaknya itu tidak disahut sebelum dia membuat keputusan untuk masuk ke rumah dan melihat bapanya sudah meninggal dunia dengan kesan tikaman dan berlumuran darah.

Dalam pada itu, polis turut merampas senjata tajam yang dipercayai digunakan untuk mencederakan dada mangsa.

Sumber : Detik.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/lelaki-mengaku-tikam-bapa-sebab-dah-bosan-penat-jaga