Lelaki Maut Jatuh Buaian Ketika Main Di ‘Fun Fair’

![|650x354](upload://qaG12fbec0uMzWUuFAS2gXQWrNU.png)

Sekadar gambar hiasan

Malang nasib menimpa dua lelaki apabila mereka dilaporkan terjatuh dari buaian berpusing yang terletak berhampiran pusat beli-belah di Cheras Selatan, semalam. Salah seorang daripada mereka dilaporkan maut dan seorang lagi mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan: Gadis Cantik Maut Tercekik Muntah Sendiri Ketika Main ‘Fun Fair’

Seorang maut, seorang cedera

![|650x481](upload://ct17xYcDrH2GR0cJDeF4FiXUCEs.png)

Ujar Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman menerusi laporan Harian Metro, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian tersebut daripada pekerja tapak pesta ria pada jam 12.05 tengah malam.

Saksi memaklumkan dua lelaki terjatuh dari buaian permainan fun fair. Salah seorang mangsa berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi. Seorang lagi mangsa berusia 30-an mengalami kecederaan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras bagi tujuan bedah siasat dan seorang lagi yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan. Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian sama ada terdapat unsur kecuaian pada pihak pemilik funfair mahupun mangsa sendiri.

Pihak polis juga meminta buat mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mohd Emran Mohd Noor di talian 013-7638512 atau datang ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/lelaki-maut-jatuh-buaian-ketika-main-di-fun-fair