Lelaki Mati Ditikam 14 Kali, Rupanya Isteri Upah 4 Kawan Lelaki Bunuh & Samun Suami

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang rancangan pembunuhan suaminya dalam kejadian di Taman Aneka Baru, Sungai Udang telah ditahan polis bagi membantu siasatan. Difahamkan, motif pembunuhan dipercayai akibat dendam serta kepentingan diri.

Samun sebelum bunuh

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Arjunaidi Mohamed, pihaknya telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan terdapat pergaduhan sekumpulan lelaki pada 15 September lalu. Berikutan daripada itu, sepasukan anggota polis telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan mereka mendapati seorang lelaki (mangsa) sudah terbaring dalam keadaan berlumuran darah. Mangsa yang beruisa 41 tahun kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Semasa soal siasat, isteri mangsa mendakwa terdapat dua lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng serta bersenjatakan pisau telah memasuki rumahnya melalui pintu hadapan. Dakwanya lagi, mereka kemudian menikam mangsa berulang kali sehingga menyebabkan kematian.

Suspek telah menggeledah rumah mereka serta mengambil pelbagai beg tangan yang berjenama, barang kemas dan juga sejumlah wang tunai bernilai RM40,000 sebelum melarikan diri menggunakan kenderaan jenis BMW. Jumlah kerugian mencecah RM100,000. Kejadian turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Isteri jadi dalang pembunuhan suami

Sekadar gambar hiasan

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa mempunyai lebih daripada 14 tikaman di bahagian badan yang menjadi punca kematian mangsa. Difahamkan, isteri mangsa turut ditahan polis selepas disyaki menjadi dalang rancangan pembunuhan suaminya.

Isteri mangsa juga telah memberikan maklumat individu lain yang turut terlibat sama dan polis menahan semua empat suspek lelaki (dipercayai kenalan suspek) berusia 20 hingga 36 tahun di Klang dan Negeri Sembilan pada hari sama. Empat lelaki terbabit didapati mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau.

Polis turut merampas kereta BMW yang digunakan semasa kejadian serta barangan samun.

Kesemua suspek direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu membunuh serta rompakan berkumpulan bersenjata.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/lelaki-mati-ditikam-14-kali-rupanya-isteri-upah-4-kawan-lelaki-bunuh-samun-suami