Lelaki Dipercayai Tikam Isteri, Maut Terjun Tingkat 12

![|650x444](upload://cXiVVlBhohRrC5TQM3TjvBcbru7.png)

Seorang lelaki berusia 54 tahun maut dipercayai terjun dari tingkat 12 sebelum pihak polis menemukan mayat isterinya dengan kesan tikaman di bilik tidur di sebuah pangsapuri di Paya Terubong, Georgetown.

Terjun tingkat 12 selepas tikam isteri

![|650x458](upload://4wrjwXWwOpaR24OlXCldAgpMrqc.png)

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 7.38 pagi hari Jumaat selepas lelaki berkenaan ditemui meninggal dunia di tingkat bawah pangsapuri.

Kita menemui mayat lelaki berusia 54 tahun dalam keadaan terbaring dan mayatnya dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Kemudian pada tengah hari, seorang wanita tampil di balai polis dan melaporkan unit kediaman anaknya di tingkat 12 berkunci dan tidak dapat masuk.

Susulan daripada itu, pihak polis bergegas ke pangsapuri berkenaan dan mendapatkan akses ke unit tersebut sebelum menemukan mayat dipercayai seorang wanita berusia 46 tahun di bilik tidur.

Disyaki berpunca daripada pergaduhan

![|650x401](upload://3bGMavwmC5PHmjoV1JA095B0frm.png)

Sekadar gambar hiasan

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan tikaman di leher serta badan wanita berkenaan dan siasatan polis turut mendapati lelaki yang maut itu adalah suami kepada wanita terbabit.

Kejadian disyaki berpunca daripada pergaduhan pasangan tersebut. Kita percaya bahawa lelaki itu menikam isterinya sebelum bertindak terjun dari tingkat 12.

Walau bagaimanapun, pihak polis memaklumkan bahawa dari hasil siasatan, tiada sebarang tanda-tanda rumah pasangan berkenaan dipecah masuk kerana ianya berkunci dari dalam dan pihak polis menemukan sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan.

Dalam pada itu, anak lelaki mereka berusia 18 tahun yang tinggal bersama mereka tiada di rumah ketika kejadian berlaku dan kini keputusan bedah siasat masih belum diperoleh.

Sumber : The Star


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/lelaki-dipercayai-tikam-isteri-maut-terjun-tingkat-12