Lelaki 20 Tahun Tergamak Bakar 4 Keluarga Sendiri Sampai Rentung, Mangsa Sempat Merayu Namun…

Sekadar gambar hiasan

Tindakan seorang lelaki di Jeddah, Arab Saudi yang didakwa mencurah minyak petrol dan membakar rumahnya sehingga menyebabkan empat ahli keluarganya terbunuh, mengundang padah selepas dia ditahan oleh pihak polis wilayah Qatif.

Bakar rumah sendiri

Foto: Saudi Gazette

Memetik laporan Saudi Gazette, hasil siasatan awal mendapati suspek, 20, berada di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine (syabu) dan pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukan. Difahamkan insiden tersebut berlaku pada Khamis yang lalu dan sebuah rumah terbakar sebelum waktu berbuka puasa.

Susulan daripada itu, ibu bapa kepada suspek, adik lelaki, dan adik perempuannya dilaporkan meninggal dunia dan api berjaya dipadamkan oleh Pasukan Keselamatan Awam serta suspek telah pun ditahan bagi membantu siasatan.

Telah ditahan pihak polis

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, suspek dipercayai mengurung semua ahli keluarganya di dalam sebuah bilik sebelum menghalang mereka melarikan diri. Bukan itu sahaja, suspek dipercayai sama sekali tidak mengendahkan rayuan mangsa ketika insiden tersebut berlaku dan empat badan mangsa didapati rentung.

Kini, pihak polis masih menyiasat motif kejadian tersebut.

Sumber: Saudi Gazette


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/lelaki-20-tahun-tergamak-bakar-4-keluarga-sendiri-sampai-rentung-mangsa-sempat-merayu-namun