Lee Min Ho Takut Dengan Timun, Nak Bawa Keluarga Tinggal Di Marikh

![|650x590](upload://8DPArkMJufisJ1xq1cR2QL5Zxd4.jpeg)

Pelakon terkenal, Lee Min Ho mendedahkan bahawa dirinya takut dengan timun dalam satu video wawancara di Youtube Esquire Korea baru-baru ini.

Artikel berkaitan : Lee Min Ho & Yeonwoo Dah 5 Bulan Bercinta? Agensi Nafi, Sekadar Kawan Biasa

Lee Min Ho takut timun

![|650x576](upload://Tu8N07Y9ppwQm7ls5C8LzpqZUR.jpeg)

Pelakon kacak ini berkongsi perkara itu ketika menjawab soalan daripada peminatnya mengenai benda yang paling ditakuti.

Meskipun tidak menjelaskan secara lebih lanjut, namun Lee Min Ho mengatakan bahawa dia akan mengelak daripada tempat-tempat yang mempunyai timun.

Saya rasa peminat saya tahu yang saya takut timun. Oleh kerana itu, saya cuba mengelak dari tempat yang ada sayur berkenaan atau cuba membuangnya.

Lebih menarik lagi apabila bukan peminat sahaja yang mencari nama Lee Min Ho di internet tetapi pelakon berusia 34 tahun ini rupanya turut mencari namanya sekurang-kurangnya sekali sehari.

Teringin tinggal di Marikh

![|650x575](upload://b4CoM01huAWHpzecRJ4YxlD4D2f.jpeg)

Apabila ditanya mengenai destinasi yang ingin dikunjungi selain di Korea mahupun bumi, Lee Min Ho memberikan jawapan yang mengejutkan.

Pelakon Boys Over Flowers ini memberitahu bahawa dia tertanya-tanya bagaimana rasanya jika tinggal di Marikh dan juga teringin membawa keluarganya bersama.

Sekiranya saya dapat tinggal selain di Korea atau di bumi, saya nak tahu macam mana rasanya tinggal di Marikh dan bawa keluarga saya bersama.

Video penuh :

Sumber : ESQUIRE Korea


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/lee-min-ho-takut-dengan-timun-nak-bawa-keluarga-tinggal-di-marikh