‘Lebih Sebulan Tahan Sakit Sampai Tak Tidur, Akhirnya Saya Mengalah’ – Elyana

![|650x379](upload://xDQ0TLIYz1X6eJoPIjVt9OzYRQS.png)

Lebih sebulan menahan sakit dan tidak boleh tidur seperti individu yang lain, penyanyi, Elyana akhirnya dimasukkan ke hospital hari ini.

Artikel berkaitan: ‘Kami Tak Best Kalau Tak Ada Awak, Sebab Tu Bonda Selalu Doa Biar Bonda Pergi Dulu’ – Elyana

Artikel berkaitan: ‘Hidup Saya Penuh Dengan Ujian, Biar Saya Seorang Yang Simpan’ – Elyana

Artikel berkaitan: Berat Badan Dah Naik 7Kg, Elyana Luah Rasa Syukur & Terima Kasih Kepada Peminat Yang Rajin Hantar Makanan

Saya mengalah

![|650x634](upload://5JlxLJTbYiqn6AJbPpPO69EIjJ0.png)

Lebih sebulan menahan sakit sampai tak tidur. Akhirnya saya mengalah. Hari ni masuk painkiller, steroid dan ambil darah. Covid test memang wajib. Esok check jantung. Lusa buat Pet Scan. Seterusnya Chemotherapy. Bismillahirrahmannirrahim. You can do it Nana!!!

Bagi yang mengikuti perkembangan Elyana sebelum ini, pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ ini pernah menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari di sebuah hospital swasta di Selangor. Setelah selesai radioterapi, Elyana mengakui bahawa dia perlu berjumpa dengan doktor bagi membincangkan mengenai rawatan kemoterapi pula. Sepanjang berada di rumah, Elyana memberitahu bahawa dia terpaksa menahan sakit sehingga tidak dapat untuk tidur.

Terbaru, Elyana memberitahu bahawa dia sudah mengalah dan perlu dimasukkan ke hospital dengan segera. Ujar Elyana, sebelum melakukan kemoterapi dia terpaksa melalui beberapa proses yang wajib dilakukan oleh setiap pesakit kanser.

Moga terus kuat

![|650x118](upload://yAbRqOaVDtcElHQtMn2qNVUvldh.png)

![|650x109](upload://aj735ctmwesRc6MfrlEiTA9ep3B.png)

![|650x119](upload://4oNWslntkMwnNEoS8rgc0TNllNw.png)

![|650x117](upload://fUBnK5QFQzveZpFvwaX46T8aG4U.png)

![|650x112](upload://fwaq3WTlpFEaw0Ohr8eVtR4Wv18.png)

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen berdoa agar Elyana terus kuat dan berjuang untuk melawan penyakitnya itu.

Sumber: Elyana


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/lebih-sebulan-tahan-sakit-sampai-tak-tidur-akhirnya-saya-mengalah-elyana