Lana Nordin Selamat Sampai AS, Gurauan Rita Rudaini Di IG Curi Perhatian Netizen – ‘Berapa Dos Ampa Oiii?’

![|650x371](upload://bZK3VYyUrQ4cNPrlha0zZCTNHEo.png)

Pelakon, Lana Nordin dan keluarganya telah selamat tiba di Amerika Syarikat (AS), semalam. Selepas menerima pelbagai kutukan dan hinaan daripada netizen, Lana dipercayai enggan terus mendiamkan diri dan memilih untuk memberi penjelasan panjang lebar di Instagram Storynya.

Artikel berkaitan: Bengang Terima Banyak Cacian & Hinaan, Lana Nordin Belanja Video ‘Bye Bye Bye’ Bukti Dah Sampai AS – ‘Tiada Sebarang Kabel, Ini Semua Kabel Allah’

Susulan daripada itu, pelakon, Rita Rudaini turut mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik posting balas secara berseloroh dengan Lana Nordin berhubung setiap penjelasan yang diberikan.

Berapa dos dapat rentas negara

![|650x1159](upload://5nkI3VCcBVaSfcdP1UicsFRg0dL.png)

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Rita Rudaini dilihat ‘repost’ kembali kesemua story Lana Nordin di akaun Instagramnya. Pada masa yang sama, Rita dipercayai berseloroh dan bertanya kepada Lana mengenai dos vaksin yang mereka sekeluarga ambil sebelum terbang ke Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, netizen turut mendakwa kapsyen Rita seolah mengundang dan seakan seronok melihat telatah rakan baiknya itu.

![|650x1147](upload://ok9Qki9n72pflzZYlYm4rRq7CHt.png)

Tak payah scan

Lana Nordin turut memuat naik sebuah video di mana mereka sekeluarga tidak perlu ‘scan’ My Sejahtera sewaktu dine-in di sebuah restoran. Malah, suaminya dilihat melakukan bunyi ‘scan’ ketika mereka sekeluarga hendak masuk ke restoran tersebut.

Terdahulu, Lana mendakwa netizen suka membuat spekulasi terhadap dirinya sehinggakan ada yang berandaian dia tidak akan berjaya untuk ‘terbang’ gara-gara belum divaksin. Namun begitu, Lana berjaya membuktikan bahawa perjalanannya untuk rentas negara itu mengikut undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Tegasnya, tidak wujud dia menggunakan ‘kabel’ untuk pulang ke negara asal suaminya.

Sumber: Rita Rudaini & Lana Nordin


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/lana-nordin-selamat-sampai-as-gurauan-rita-rudaini-di-ig-curi-perhatian-netizen-berapa-dos-ampa-oiii