Kutip, Guna Semula Barang Orang Buang Sebab Banjir

![|650x433](upload://7n9xLEYDCxywsIMaHudnVtyESKV.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Bencana banjir yang berlaku baru-baru ini di beberapa negeri meninggalkan kesan ‘pahit’ buat mangsa-mangsa banjir. Walaupun berat untuk diterima, mereka terpaksa akur dan reda serta perlu menanggung kos kerugian yang tinggi dek bencana tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Baju Dah Buruk, Baik Buang Terus’ – Sekarang Siapa Nak Pakai & Buang Ni Semua?

Artikel Berkaitan: Dah Bagi Bantuan Makanan, Boleh Pula ‘Demand’ – ‘Asyik Lauk Yang Sama Je…’

Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Kira, Bukan Kedai Ni Free Ke?’

Hasrat murni rakyat Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa banjir juga wajar dipuji dan diberikan penghargaan.

Guna balik apa yang boleh

![|650x336](upload://aOp0aKqSxoCC7XBDgu51GmVxnaP.jpeg)

Tanpa menunggu bantuan daripada mana-mana pihak, seorang pengguna TikTok disifatkan sebagai ‘bijak’ merebut peluang berikutan mengutip semula barang-barang yang dibuang oleh mangsa banjir lalu membersihkannya sebelum boleh diguna semula.

Ujarnya lagi, barang-barang yang dibuang masih elok namun, hanya memerlukan sedikit usaha untuk membersihkannya semula.

Dari asyik menunggu sumbangan tilam baik kutip mana yang boleh guna. Boleh guna kita guna, buat apa nak membazir.

Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini turut terpanggil membalas komen netizen yang mendakwa tilam yang dikutip tidak lagi sesuai digunakan dan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.

Susulan daripada itu, dia menunjukkan cara-cara mencuci tilam tersebut menggunakan sabun dan water jeck. 

Yang penting barang orang buang, bukan barang orang jemur depan rumah.

Apa yang lebih menarik perhatian lagi, pemilik video ini turut menjumpai sebuah peti ais yang dibuang di tepi jalan. Selepas proses cucian, peti ais tersebut sudah pun dapat digunakan seperti biasa.

Video penuh:

@xx011274xx6xx Bole guna kita guna.buat ape nak membazirkan? #mangsabanjir2021 #kampungbukitlanchong ? GOOD BOY X DANCE MANCING – Rian.A

@xx011274xx6xx dalam rezeki kita ada rezeki org lain?#mangsabanjir2021 #kampungbukitlanchong ? Cinta Pertama – Welcome Ezal

@xx011274xx6xx Reply to @nurarefifah ? Funny Song – Cavendish Music

@xx011274xx6xx Reply to @cameyy19 ? original sound – Mamyputriraisha

Respon netizen

![|650x375](upload://80VRFWSwUVX7mZbZqoU7oZNZgCl.png)

![|650x158](upload://r1jdAiVEUX1PIkwymQGq2hiiPlG.png)

![|650x291](upload://3jAfRqGHm0VrpjWdZwHMCmlGtuU.png)

![|650x254](upload://hF6BKVMrTt6LkOSALhp4LK4C21k.png)

![|650x255](upload://8gL7cSaiLVGmuyeXWTHVVrA5vvN.png)

Sumber: Mamyputriraisha


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/kutip-guna-semula-barang-orang-buang-sebab-banjir