KPDNHEP Dah Pergi Kedai Jual Kailan Ikan Masin RM18, Keluarkan Notis Maklum Balas

![|650x439](upload://zLzCMKj1HVWYqHrRI3rb7AoVgfJ.jpeg)

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan resit yang memaparkan harga keseluruhan makanan termasuklah harga sebungkus kailan ikan masin yang dikatakan tidak masuk akal.

Susulan daripada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah pun mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) keatas peniaga terbabit selepas pelanggan tersebut membuat aduan rasmi.

Artikel berkenaan: KPDNHEP Minta Pelanggan Tak Puas Hati Kailan Ikan Masin RM18 Buat Aduan

Dikenakan notis

![|650x366](upload://yCH8ds4DRH1B48lV3wMfYcDHCaq.jpeg)

Memetik laporan Berita Harian, Pegawai penguat kuasa daripada pejabat KPDNHEP telah pun melakukan siasatan lebih lanjut ke atas restoran berkenaan kerana harga yang terlalu mahal namun kuantiti yang diberikan tidak setara dengan harga yang diletakkan.

Harga terlalu mahal tidak setara kuantiti yang diberikan

Tambahnya lagi, satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) bagi makanan kailan ikan masin itu sudah dikeluarkan kepada peniaga terbabit.

Satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) bagi makanan kailan ikan masin berharga RM18 telah diberikan kepada peniaga berkenaan dan peniaga  itu perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari bekerja.

Menerusi petikan di Facebook pada Ahad, pelanggan tersebut memuat naik resit yang memaparkan harga keseluruhan makanan dan sudah sedia maklum dengan kenaikan harga barang mentah. Walau bagaimanapun, individu berkenaan agak terkejut dan tidak menyangka apabila sebungkus kailan ikan masin dijual pada harga RM18.

Sumber: Berita Harian & Penang Kini 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kpdnhep-dah-pergi-kedai-jual-kailan-ikan-masin-rm18-keluarkan-notis-maklum-balas