‘Korang Ingat Artis Kaya Sangat Semua Nak Beli?’ – Michael Ang

![|650x388](upload://hkaJGtHQalRx4Djw8K6bVgQ5hf8.png)

Pengarah dan penerbit, Michael Ang tampil memberi respon mengenai persalinan jaket merah yang dipakai Aliff Aziz ketika pusingan battle bersama Aweera di pentas akhir Gegar Vaganza 8, ahad lalu.

Baju pinjam

![|650x793](upload://pVi7qBO7TOwbygJ73nCen2qR8g.png)

Menurut Michael, dia memakai baju yang sama ketika menjalani penggambaran muzik video (MV) lagu single pertamanya iaitu ‘Cinta Atau Propa’, baru-baru ini.

Salam semua. Tak baik cakap pakai baju I . Baju tu pun stylist i @abushaefhamza pinjam from @ne** company for my MTV. Tak salah dan bukan satu persoalan pinjam atau meminjam. Kau orang ingat kita artis kaya sangat semua kita beli. Baju pinjam saja. Luv u all and be safe. Anyway Aliff pakai lagi elok dari I pakai! Hehehehhe Jujur ya bukan nak jadi sarcastic ya!

Jelas Michael Ang lagi, Aliff lebih sesuai memakai baju itu berbanding dirinya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis sempat berseloroh dan meminta Michael Ang untuk membeli baju tersebut. Ujar Rozita Che Wan, baju yang dipakai oleh Aliff dan Michael Ang itu sangat sesuai digunakan untuk musim tengkujuh nanti.

Terdahulu, isu baju Aliff menjadi perbualan di media sosial. Menurut netizen, penyanyi tersebut seharusnya memakai sesuatu yang baru untuk pentas akhir GV8. Walau bagaimanapun, netizen bangga kerana Aliff berjaya melakukan persembahan yang terbaik dan merangkul gelaran juara.

Sumber: Michael Ang


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/korang-ingat-artis-kaya-sangat-semua-nak-beli-michael-ang