Kongsi Lirik Lagu Tentang Curang, Shuk Sahar & Isteri Saling ‘Unfollow’ Di Instagram

![|650x400](upload://ibSjYQ7y1uoDtoYaZvLtt2I7iEr.jpeg)

Sejak minggu lalu kontroversi melibatkan rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah hangat diperkatakan di media sosial.

Sehingga kini, Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera terus memberi bayangan keadaan makin keruh.

Artikel Berkaitan: Isteri Shuk Sahar Akui Sudah Putus Asa – ‘Aku Terkilan Sebab Aku Masih Mahu Baiki & Bertahan Lagi’

Artikel Berkaitan: Isteri Shuk Sahar Tak Kisah Dituduh Meroyan, Dedah Ada Simpan Bukti – ‘Aku Lambat Sikit Sebab Bodoh’

Kongsi lirik lagu sedih

![|650x400](upload://2uHKiL44Is2L6d8WZa3ckprH6cG.jpeg)

Terbaru, menerusi Instagram Stories, Sera ada memuat naik beberapa potongan klip muzik lagu berjudul Take A Bow nyanyian Rihanna.

Lagu sedih ini berkisarkan mengenai seorang gadis yang hilang minat untuk kembali bersama bekas teman lelaki yang curang.

Antara bait lirik yang dikongsikan adalah;

Oh, and the award for the best liar goes to you (oh, dan anugerah untuk penipu terhebat jatuh kepadamu).

For makin’ me believe that you could be faithful to me (kerana membuatkanku percaya yang kau boleh setia terhadapku).

Bagaimanapun, Sera tidak menyatakan hantaran itu ditujukan kepada siapa.

Saling ‘unfollow’

![|650x400](upload://2IA3FlRoSb15gU0ApXuwf3EaXkl.jpeg)

Hasil pemerhatian OhBulan!, pasangan suami isteri itu juga sudah tidak saling mengikuti di akaun media sosial namun tidak dapat dipastikan sejak bila.

Terdahulu, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, berusia setahun.

Sumber: Instagram @rossa.sera


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kongsi-lirik-lagu-tentang-curang-shuk-sahar-isteri-saling-unfollow-di-instagram