Kongsi Foto Mencolok Mata, Netizen Label Janna Nick Dahaga Perhatian – ‘Masa Kentut Pun Cantik Haih’

![|650x400](upload://jej3w7B70H65LxOavjXwT78q7X0.jpeg)

Sebelum ini pelakon Janna Nick pernah mencuri perhatian ramai selepas kejadian isu baju terselak. Bagaimanapun, Janna tetap dengan pendiriannya yang tidak ingin memadam foto tersebut.

Artikel Berkaitan: Janna Nick Dedah Pernah 2 Kali Cuba Bunuh Diri

Artikel Berkaitan: Dipanggil Orang Sakit Mental, Janna Nick Enggan Ambil Pusing Pilih Gembirakan Hati – ‘Jadi Netizen Semua Benda Boleh Cakap’

Foto ‘mengundang’

![|650x418](upload://fQa2BmRS3yVDkcbihm8X3PcJsVE.png)

Terbaru, Janna, 26, sekali lagi menjadi tumpuan warganet selepas memuat naik foto sekeping gambar di Instagram (IG) miliknya.

Foto yang agak mencolok mata itu telah mengundang pelbagai komen daripada wargamaya untuk memberi respon.

Pelawak, pengacara dan pelakon Zizan Razak turut serta bergurau dengan menyamakan gaya berdiri Janna seperti sedang membuang angin atau kentut.

Masa kentut pun cantik haih.

Minta dikecam lagi ke?

![|650x974](upload://nLiFkgVJWhDgLtqRha9iDRWxUKN.jpeg)

![|650x1015](upload://FyYzNc8Hl5xdFSpHrHAt1EASoJ.jpeg)

Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen berpendapat bahawa pemilik nama lengkap Nurul Jannah Muner itu tidak pernah serik dengan kejadian pernah terjadi.

Malah, ada segelintir yang membandingkan penampilan pelakon drama Leftenan Zana ketika di awal pembabitan yang dikatakan lebih sopan dan tidak seksi.

Terdahulu, kekasih kepada aktor Dini Schatzmann ini mengakui menghidap Bipolar Disorder dan masih dalam rawatan serta mengambil ubat Antidepressant Medication (Escitalopram) dan Carbamazepine (CBZ).

Sumber: Instagram @jannanick


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kongsi-foto-mencolok-mata-netizen-label-janna-nick-dahaga-perhatian-masa-kentut-pun-cantik-haih