Kitaran Haid Tak Lancar, Gadis Sebak Ibu Suruh Kahwin Dengan Duda Ada Anak

![|650x429](upload://LYsMvPJZdPXnrmJCwVEmpalxwX.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Tak dinafikan, perkahwinan merupakan momen indah yang ingin dinikmati bersama pasangan  yang kita sayang. Namun, terdapat sesetengah pasangan yang dipaksa berkahwin atas kehendak ibu bapa.

Ibu nasihat suruh kahwin dengan duda

![|650x308](upload://1YLIsZkSowTBNsQKbM3BDx04gdY.jpeg)

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang gadis dikenali sebagai Intan Lembata di TikTok, dia meluahkan rasa sedih apabila ibunya menasihatkan dirinya untuk berkahwin dengan lelaki berstatus duda yang sudah mempunyai anak.

Mama bagi nasihat jangan kahwin dengan orang bujang tapi kahwin dengan orang yang dah ada yang berstatus duda.

Ibunya meluahkan rasa risau jika anaknya itu tidak dapat menimang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.

Mama takut kalau dah kahwin nanti (dengan lelaki bujang) dia tidak menerima kekurangan kamu.

Difahamkan, ibunya memberi nasihat seperti itu kerana gadis berkenaan mengalami kitaran haid yang tidak lancar serta tidak mempunyai rahim.

Mama pilih lelaki yang dah ada anak jadi dia tak rasa kecewa walaupun tak ada anak daripada kamu. Fikir positif dan kena sedar diri demi kebaikan kamu.

Video berdurasi 23 saat itu meraih lebih lima juta tontonan dan mendapat lebih 387 ribu tanda suka di TikTok.

‘Dipatahkan dengan kekurangan ini’

@intanlembata02 ? diptahkan kekurangan ini?#intanlembata ? Orange 7 – Anime Quotes

Respon netizen

![|650x731](upload://nOmhlB6HY4tpIEU6KtRXbWDiVyO.jpeg) ![|650x818](upload://tUThr5N1bsilHHXNM99Ztqf3p3H.jpeg)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada gadis berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

Sumber : intanlembata02


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kitaran-haid-tak-lancar-gadis-sebak-ibu-suruh-kahwin-dengan-duda-ada-anak