‘Kita Pernah Warning, Jangan Main-Main Di Tanah Suci.. Benda Akan Makan Tuan’ – Caprice Sedia Dedah ‘Predator’

![|650x495](upload://6hHLo3K4CSO8cUroD7FLIDFdzvP.png)

Nama penyanyi rap terkenal Caprice menjadi perbualan hangat netizen selepas misi kemanusiaan ke Gaza menemui jalan buntu dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap seorang pendakwah selebriti yang disanjung ramai.

Artikel berkaitan : ‘Upload Gambar Syaitan, Satu Malaysia Kecoh’ – Caprice

Artikel berkaitan : ‘Siap Sedia Untuk Kebenaran Malaysia, Masanya Hampir Tiba’ – Caprice

‘Kita pernah warning’

![|650x491](upload://5Y8lVyajxjNtKwA8YxL9XraGg9H.png)

Menerusi beberapa Instastory yang dimuat naik oleh Caprice di Instagram, dia dilihat mahu mendedahkan ‘sesuatu’ yang dipercayai ditujukan kepada pendakwah selebriti tersebut. Di dalam salah satu Instastory berkenaan, penyanyi rap terkenal itu turut berkongsi satu link laman telegram seorang pendakwah yang membongkarkan ‘wajah sebenar’ ustaz terkenal berkenaan.

Kita pernah warning awal-awal. Jangan main-main dekat tanah suci. Benda tu akan makan tuan dia balik tapi masa tu ramai panggil kita gila. Sekarang siapa yang gila sebenarnya.

Pemilik nama Ariz Ramli turut memberi gambaran seperti seorang lelaki memakai helmet menaiki sebuah motorsikal berkuasa tinggi, Ducati. Perkara berkenaan telah mencetus tanda tanya dalam kalangan netizen.

Ducati buat motorsikal dengan bagus. Kalau bekas cikgu sekolah bawa mesti st*m.

Kenapa bunt*t boleh panas? Info saintifik yang kita belajar dekat… sekolah…

Tidak terhenti di situ, Caprice juga turut memuat naik tanda-tanda serta gejala individu yang mempunyai pedofilia serta menyertakan nombor telefon untuk mereka yang menjadi mangsa kepada pedofilia.

Dalam pada itu, penyanyi rap ini memberi jaminan kepada sesiapa yang memberi bukti kepadanya akan selamat kerana mempunyai ‘back up’ yang kuat untuk melindungi identiti mangsa.

Jangan takut. Back up Caprice kuat.

InsyaAllah kita akan bantu dengan bantuan pihak berkuasa untuk menempatkan orang-orang seperti ini di dalam penjara.

Di Instastory :

![|650x1170](upload://8cSXODM1sRBTZpKiQIYRxWFsvcw.jpeg) ![|650x1056](upload://qArxvBbWz5A88lXFhhmeMyOBV7z.jpeg) ![|650x1010](upload://frazFSWs2lMLWB2ku3DPKWQ3iEy.jpeg) ![|650x955](upload://iaRlYbm6PHLCrkSX47jyDWGmL0S.jpeg)

Sumber : capriceofficial


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kita-pernah-warning-jangan-main-main-di-tanah-suci-benda-akan-makan-tuan-caprice-sedia-dedah-predator