Kes Dakwaan Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal, Polis Minta Mangsa Tampil Beri Keterangan

![|650x458](upload://4wrjwXWwOpaR24OlXCldAgpMrqc.png)

Sekadar gambar hiasan

Pihak polis meminta saksi atau mangsa untuk tampil segera bagi membantu siasatan berhubung dakwaan isu gangguan seksual yang melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Artikel berkaitan : Polis Siasat Video, Mesej Lucah Di Telegram Didakwa Babitkan Pendakwah Terkenal

Minta saksi atau mangsa untuk tampil

![|650x392](upload://9Tr9e59d8PYJPtGcI34HyzrhbuF.png)

Sekadar gambar hiasan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, pihak polis sedia memberi kerjasama kepada saksi atau mangsa yang tampil untuk membantu siasatan dan kini hanya terdapat beberapa saksi yang sudah tampil memberi keterangan berhubung isu berkenaan.

Kami nasihatkan mangsa yang mungkin terkesan dengan dakwaan berkenaan tampil bagi membantu siastan pihak polis meneruskan siasatan.

Setakat ini terdapat beberapa saksi sudah dirakam keterangan berhubung kes ini.

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung isu video serta mesej lucah di laman Telegram yang mendakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Sumber : Sinar Harian


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kes-dakwaan-gangguan-seksual-pendakwah-terkenal-polis-minta-mangsa-tampil-beri-keterangan