Kerusi uThrone S Ni Lengkap Dengan Fungsi Urutan! Sesuai Sangat Untuk Gaming Atau Untuk Bekerja!

Rata-rata syarikat kini telah mengimplikasikan bekerja dari rumah secara tetap. Tapi masalah utama kini adalah, ramai yang tidak mempunyai tempat bekerja yang betul. Ada yang buat kerja di atas sofa, ada yang menggunakan meja makan dan tidak kurang juga yang buat kerja di atas lantai.

Kalau 1 atau dua hari memang okay tapi kalau lama-lama, ia boleh mengakibatkan sakit belakang dan juga sakit dibahagian leher korang tau.

Korang kalau duduk main game atau bekerja mesti berjam jam kan. Biasanya bila korang duduk terlalu lama masa main game dan berkerja korang akan rasa sakit di bahagian belakang dan leher. 

Tapi nak beli kerusi untuk kerja, nak beli kerusi untuk gaming juga! Ada ke kerusi yang selesa untuk dua-dua ni?

OSIM memperkenalkan uThrone S! Mempunyai fungsi yang sesuai untuk korang main game berjam-jam lamanya dan juga buat kerja!

Fungsi uThrone S boleh bantu berikan keselesaan optimum untuk korang !

Fungsi pelarasan ketinggian bantu pengguna membuat 90°-90° rule

Laraskan ketinggian kerusi dan pastikan badan korang betul-betul ke belakang kerusi. Punggung, bahu dan leher korang mesti berada di bahagian belakang kerusi dan wajib berada dalam kedudukan 90 darjah dan kaki sentuh lantai. Dengan cara ini korang akan dapat keselesaan yang optimum!

Mempunyai fungsi sandaran ke belakang

Ni bukan saja-saja untuk tidur tau. Fungsi ni sangat-sangat membantu bila korang dah duduk lama dan perlukan regangan. Dengan sandaran kebelakang ni, otot korang akan jadi lebih relax dan lebih segar.

Mempunyai vibration seat!

OSIM uThrone S ni juga mempunyai tempat duduk vibration yang boleh membantu untuk menambahbaikkan pengaliran darah. Ha lepas ni bangun tak sakit dah punggung korang tu!

uThrone S ni juga ada 3 vibration yang korang boleh pilih iaitu High, Low dan juga Auto.

Bukan main-main semua fungsi ni penting untuk korang dapatkan posture yang betul masa bekerja atau main game.Tak percaya jom dengar cakap pakar ni:

Tak cukup dengan fungsi sedia ada, boleh customised juga tau!

Tengok lah semua ni untuk buatkan pengalaman kerja dan gaming korang lebih seronok dan selesa!

  • uVision 3 untuk mata

  • uCozy 3D untuk bahu dan leher

  • uLumbar- untuk lower back

  • uPulse Mat- untuk dapatkan pengaliran darah yang lebih baik

  • uSqueeze- untuk mengurangkan tekanan di bahagian tangan

  • uMist Dream- berikan korang persekitaran yang lebih sihat

uThrone S juga lengkap dengan ciri tambahan!

Bukan sahaja yang tersenarai di atas tapi kerusi ni juga ada ciri-ciri tambahan yang korang susah nak jumpa di kerusi yang lain! Antaranya ialah:

Adjustable back strap

Korang hanya perlu lekatkan uCozy 3D ke back strap dan laraskan mengikut ketinggian yang korang nak.

Charging port!

Masa buat kerja ada main game lah uCozy korang nak habis battery? Jangan risau, kerusi ni dah siap dengan charging port.

Penyangkut sisi pun ada!

Lepas ni dah tak bersepah dah headphones atau earphone korang tu. Boleh sangkut je dekat kerusi ni!

Mereka juga ada kolaborasi dengan Marvel tau!

Kerusi uThrone S ni juga telah mendapat pengiktirafan dan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh BIFMA dan kualitinya juga telah mendapat kelulusan dari BOKEN dan INTERTEK.

Korang boleh dapatkan kerusi uThrone S ni dengan ulumbar bertemakan Marvel! Lagi semangat la nak main game lepas ni! Buat kerja pun laju je.

Berminat nak beli? Kalau korang beli terus dari laman web OSIM korang akan berpeluang untuk dapat diskaun sebanyak 40%!

Selain itu korang juga boleh trade-in kerusi pejabat lama atau kerusi gaming lama korang tu dan akan dapat diskaun tambahan sebanyak RM300 untuk pembelian OSIM uThrone S ni! 

Memang menarik ya dah la boleh pilih kerusi gaming bertemakan Marvel, dapat extra diskaun pulak tu. Confirm isteri korang support lah kali ni! 

Ha, korang boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai kerusi ni di laman web mereka di SINI!

 

 

 

 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kerusi-uthrone-s-ni-lengkap-dengan-fungsi-urutan-sesuai-sangat-untuk-gaming-atau-untuk-bekerja