Kenangan Raya Dulu-Dulu Yang Dah Lama ‘Hilang’, Memang Menggamit Memori!

![|650x394](upload://5dBB8OyiaJYQ5ZqbzJ41pKsByse.png)

Bila sebut sahaja Hari Raya Puasa, pasti ingatan korang teringat akan kemeriahan tatkala menyambut Aidilfitri yang diraikan tanda  ‘kemenangan’ orang Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Banyak kenangan raya yang menggamit memori masih kekal di sanubari sehingga ke hari ini. Lebih-lebih lagi sudah dua tahun warga kota tidak pulang ke kampung halaman dek pandemik Covid-19. Jom kita ‘throwback’ kenangan raya dulu-dulu yang mungkin telah ‘hilang’ pada hari ini.

1. Main meriam buluh

![|650x429](upload://9WgdEsryDtAndjelB1XjGqmPDQc.png)

Sekadar gambar hiasan

Menjelang Hari Raya, tak sah rasanya kalau bunyi meriam buluh tidak ‘berkumandang’ di kampung-kampung. Walaupun merbahaya, meriam buluh tetap dimainkan oleh penduduk sesebuah kampung untuk berlawan dengan kampung berdekatan. Kebiasaannya buluh terbaik akan diambil sebelum dipotong pendek.

Bagaimanapun individu yang mengendali meriam buluh ini perlu peka dan berhati-hati bagi memastikan ianya tidak mendatangkan kecederaan. Namun, tradisi ini makin pupus dan ramai yang lebih memilih membakar mercun yang dijual di pasaran berbanding meriam buluh.

p/s: Kalau korang nak tahu, tindakan bermain meriam buluh merupakan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Senjata 1960.

2. Gantung kad raya

![|650x483](upload://peJmyUolmrkYUQzakc5lVZKqFz8.png)

Sekadar gambar hiasan

Korang mesti ingat lagi kan? Bila hari raya hampir tiba, kad raya antara barangan wajib dibeli di kedai buku. Kad raya digunakan sebagai pengganti diri untuk memohon maaf sekiranya ada melakukan kesilapan sebelum diakhiri dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya’. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan jemputan rasmi kepada seseorang itu untuk hadir ke rumah pengirim kad bagi meraikan hari kemenangan tersebut.

Namun pemberian kad ucapan ini semakin dilupakan selepas kewujudan media sosial yang menghubungkan seseorang tanpa batas.

p/s: Korang pernah dapat kad raya yang ada lagu tak? (memang mahal kalau yang ini).

3. Tunggu pengumuman raya depan TV

![|650x385](upload://w9gwxync7jQAq1LHwEYaboe3wts.png)

Foto: Kuala Lumpur viral

Jika dahulu sudah menjadi tradisi untuk seisi keluarga menunggu di hadapan kaca televisyen menanti pengumuman raya yang bakal diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Detik tersebut dinanti-nantikan terutamanya kanak-kanak yang begitu teruja untuk menyambut Hari Raya.

Bagaimanapun tradisi tersebut makin ‘hilang’ berikutan tarikh hari raya telah ditetapkan pada kalender dan tidak berubah. Namun sehingga ke hari ini orang ramai masih teruja menantikan pengumuman hari raya bagi melihat warna baju yang dipakai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

p/s: Korang rasa tahun ini Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pakai Baju Melayu warna apa?

4. Takbir malam raya keliling kampung

![|650x420](upload://v3f5ulqFs8A086Ux00Az4n4qziS.png)

Foto: Aziekitchen

Aktiviti bertakbir dari satu rumah ke rumah yang lain pada malam raya secara berkumpulan turut semakin dilupakan. Aktiviti seumapama ini lazimnya dilakukan di kampung-kampung dan tuan rumah akan menyajikan pelbagai juadah kepada para tetamu yang hadir termasuklah ketupat, rendang, kuih raya dan sebagainya.

Kanak-kanak juga tidak akan melepaskan peluang turut serta melakukan aktiviti ini kerana pihak tuan rumah kebiasaannya akan menyediakan duit raya kepada tetamu yang hadir. Namun tradisi ini semakin dilupakan, tambahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghalang perhimpunan beramai-ramai.

5. Buat kuih malam raya

![|650x390](upload://gN881u5ehvaR1GbZ5LbSWykN00K.jpeg)

Foto: butterkicap

Lazimnya malam raya, ibu atau nenek kita masih di dapur bagi menyediakan santapan hari raya untuk menjamu para tetamu yang datang. Masa itulah baru berkesempatan nak buat kuih raya, almaklumlah malam-malam sebelum ini diisi dengan solat sunat terawih. Ketika inilah digunakan untuk beramah mesra dan bergurau senda bersama ahli keluarga.

Tradisi ini masih diamalkan oleh sesetengah orang namun ramai memilih untuk membuat tempahan kuih raya secara atas talian atau membeli terus di kedai.

Bukan itu sahaja, terdapat sesetengah penjual kuih raya mengambil pesanan sebulan lebih awal dan sama sekali tidak menerima tempahan last minute.  Kuih raya tradisional seperti putu kacang, suji dan batang buruk memang sedap dan legend tapi yang sedihnya susah nak dapat sekarang.

![|650x390](upload://gZE6dIjngOCQmMGRPbLNQhSBgen.jpeg)

Foto: Harris

p/s: Rumah korang ada lagi tak oven yang kena masak atas dapur gas tu?

#rayabersamaOHBULAN! #RayaHavoc2022 #kitamasihbelummenang #patuhSOP


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kenangan-raya-raya-dulu-yang-dah-lama-hilang-memang-menggamit-memori