Kekasih ‘Maid’ Sebar Foto Isteri Tak Bertudung, Virgoun Lapor Polis – ‘Bukan Menzalimi Tapi Nak Tegakkan Keadilan’

![|650x613](upload://3XlbQ1XWmYSNDMF6y47qNvv8zmA.jpeg)

Isteri kepada penyanyi terkenal Indonesia Virgoun iaitu Inara Rusli meluahkan rasa kesal apabila foto dirinya tidak berhijab disebarkan oleh teman lelaki pembantu rumahnya di Facebook.

Lapor kepada pihak polis

![|650x536](upload://UmCKpMeXHbIcMaT3EkZJZYD4xp.png)

Berang individu berkenaan telah mencemarkan nama baiknya, Inara dan Virgoun membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis di Polres Metro Jakarta Barat, Indonesia.

Lebih teruk lagi apabila dia turut difitnah serta diejek dengan kata-kata yang tidak sepatutnya oleh teman lelaki pembantu rumahnya itu.

Terima kasih kepada pihak polis kerana sudi membantu kami untuk menyelesaikan masalah ini sehingga tak perlu membawa ke peringkat mahkamah.

Virgoun menyatakan bahawa dia bersama isterinya tidak mempunyai niat untuk menzalimi individu berkenaan, namun cuma ingin menegakkan kebenaran serta memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja agar bijak menggunakan media sosial.

Biarlah Allah yang membalas perbuatannya. Di sini kami bukan niat menzalimi seseorang itu tapi kami cuma nak menegakkan keadilan dan beri pengajaran kepada sesiapa pun untuk menjaga moral, etika dan bijak menggunakan media sosial.

Pecat pembantu rumah serta merta

![|650x538](upload://ePUDwKWL4Kh6oizM5ruSQSllPoy.jpeg)

Walau bagaimanapun, Inara memaklumkan bahawa dia sudah memecat pembantu rumah berkenaan serta merta dengan membayar gaji yang sepatutnya.

Dalam pada itu, pembantu rumah serta kekasihnya itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan sudah bersiap sedia jika Inara mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Sumber : Liputan6


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kekasih-maid-sebar-foto-isteri-tak-bertudung-virgoun-lapor-polis-bukan-menzalimi-tapi-nak-tegakkan-keadilan