Kekasih ‘Busy’ Tak Sempat Jawab Soalan, Peminat Ingatkan Azri Iskandar Jangan Sampai Kena ‘Scam’

Nama pelakon senior Azri Iskandar sejak akhir-akhir ini menjadi sebutan ramai selepas dia dikatakan bakal berkahwin dengan seorang penulis skrip yang dikenali sebagai Dr Azra Diera walaupun baru sahaja berpisah.

Artikel berkaitan : Ibu Kekasih Pengsan Selepas Tengok Video Wanita ‘F’, Azri Iskandar Nak Saman Portal

Artikel berkaitan : Ellie Suriaty Akui Azri Iskandar ‘Berubah’ Sebelum Cerai Lagi – ‘Saya Hanya Perlukan Kesetiaan’

Artikel berkaitan : Anak Azri Iskandar Tak Setuju Bapa Kahwin Awal Sangat Lepas Cerai

Terbaharu, timbul pula isu siapakah Azra yang sebenarnya kerana tiada sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan di media sosial. Bekas isteri, Ellie Suriaty juga sebelum ini pernah mencabar wanita terbabit tampil menunjukkan diri.

Azra sibuk tengah ‘shooting’

Menerusi temu bual di Melodi pada Ahad, Azri diminta mengulas mengenai dakwaan teman wanitanya itu tidak wujud. Bagi menafikan dakwaan tersebut, dia secara spontan cuba menghubungi kekasihnya itu, namun Azra enggan bercakap lebih lanjut kerana sedang menjalani penggambaran.

Assalamualaikum Baby ni ada wartawan nak interview. Ni live tau tengah record. You cakap kejap apa yang ditanya.

Pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu kemudiannya meminta maaf kepada wartawan dan memaklumkan dia sedia maklum tentang tugasan terkini Azra.

Dia memang tengah buat doku (dokumentari) dekat set pengggambaran.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 54 tahun itu menyatakan bahawa dia akan berkongsi gambar-gambar setelah berjumpa dengan keluarga bakal isterinya itu di Perlis dalam masa terdekat.

Nanti bila abang dah balik dari Perlis abang akan bagi gambar dia banyak-banyak keping sampai korang muntah.

‘Jangan rosakkan kebahagiaan’

Bagaimanapun, rata-rata warganet merasa musykil dengan identiti wanita bernama Azra. Malah ada juga di antara mereka risau jika Azri tertipu dengan ‘love scammer’.

Sumber : TV9MALAYSIA Official


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kekasih-busy-tak-sempat-jawab-soalan-peminat-ingatkan-azri-iskandar-jangan-sampai-kena-scam