Kecoh Dakwaan Dah Berkahwin, Ini Respon Ruhainies – ‘Dalam Bulan Ini InsyaAllah Saya Ceritakan Semua’

![|650x607](upload://frR7b2b1CMb9xUGc0nfg4c2JIzP.jpeg)

Pelakon jelita, Ruhainies mendedahkan bahawa dia sedang menanti waktu tepat untuk menjawab desas desus yang mendakwa dia sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya.

Tunggu masa yang sesuai

![|650x549](upload://wydIzDjWzoc4VS4sXfXGCTRRCmc.jpeg)

Pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memberitahu bahawa dia pasti akan berkongsi berita gembira tersebut kepada semua, namun belum tiba masanya lagi.

Apa yang boleh dikatakan, perkara baik dan menggembirakan tentunya saya akan kongsikan dengan semua. Tapi, belum masanya lagi. Dalam bulan ini juga, Insya-Allah, saya akan ceritakan semuanya.

Apabila ditanya mengenai kriteria calon suaminya, pelakon berusia 30 tahun ini tidak cerewet tetapi cukuplah sekadar menepati ciri-ciri lelaki idamannya.

Apa yang penting, dia adalah lelaki yang baik dan menepati kriteria untuk menjadi suami yang baik buat saya.

Sumber : Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kecoh-dakwaan-dah-berkahwin-ini-respon-ruhainies-dalam-bulan-ini-insyaallah-saya-ceritakan-semua