‘Kazar Baik Hati Sebab Tak Nak Timbulkan Kontroversi’ – Syafiq Yusof

Ketiadaan pelakon senior, Kazar Saisi, di Malam Gala Filem Abang Long Fadil 3 (ALF3) yang berlangsung pada Jumaat, menjadi tanda tanya.

Artikel Berkaitan: ‘Puteri Sarah Tak Heran Kekayaan Suami’ – Pengurus

Artikel Berkaitan: Tak Hadir Malam Gala Filem Abang Long Fadil 3, Kazar Jawab – ‘Filem Itu Lebih Penting Daripada Saya’

Tak nak cetus kontroversi

Pengarah filem ALF3, Syafiq Yusof, berkata, pihaknya sudah menghantar undangan jemputan kepada Kazar memandangkan dia merupakan salah seorang barisan pelakon.

Namun, Syafiq menyatakan Kazar enggan hadir kerana tidak ingin merosakkan majlis dengan kontroversi panas yang melibatkan anak perempuannya, Ira.

Secara peribadi, kami melayangkan undangan kepada dia. Tapi bagi saya, dia baik hatilah sebab dia cakap dia tak nak timbulkan apa-apa kontroversi. Jadi, itu terpulang kepada dia tapi kami sudah menjemput Kazar.

Tambah Syafiq, pemilihan Kazar dalam filem itu kerana dia pelakon veteran yang masih relevan serta sesuai dengan watak.

Ketika penggambaran dijalankan, ia berlaku pada tahun 2019. Belum ada kontroversi ketika itu. Dia memberikan lakonan yang baik dan sangat profesional.

Saya beri tawaran kepda Kazar kerana saya mahu pelakon veteran yang mempunyai elemen komedi dan boleh melakukan aksi pertarungan. Kazar ada ciri-ciri terbabit dan dia masih aktif dalam industri, sebab itu saya pilih dia.

Syafiq berkata demikian ketika sejurus usai majlis tayangan ALF3 yang diadakan di TGV, Suria KLCC.

Tak masuk campur

Dalam pada itu, anak kepada Datuk Yusof Haslam menegaskan dia tidak mempunyai masalah dengan Kazar dan bersikap profesional dalam urusan melibatkan kerja.

Saya dengan dia tak ada sebarang masalah. Mengenai kontroversi terbabit, saya tak tahu apa-apa tetapi kerja adalah kerja.

Saya tak tinggal sama dengan abang saya (Syamsul Yusof) jadi saya tak tahu apa yang terjadi.

Sebelum ini, Ira dilaporkan akan ditahan oleh Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Tindakan itu dibuat selepas Ira dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan pelakon Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu pada 18 Ogos lalu.

Ira didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.

Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kazar-baik-hati-sebab-tak-nak-timbulkan-kontroversi-syafiq-yusof