Kantoi Rakam Video Dalam Tandas, Lelaki Cuak Kena Cekup.. Siap ‘Offer’ Nak Bagi Duit

![|650x307](upload://hb17F3J94KfmqSfPhuu8H04zL0A.jpeg)

Tindakan seorang lelaki yang bertindak merakam video di dalam tandas lelaki di sebuah stesen minyak mengundang padah apabila dia dicekup oleh orang awam. Curiga dengan aksi lelaki tersebut, orang bertindak menahan sebelum meminta untuk melihat telefon bimbit suspek.

‘Orang tengah buang air besar pun kau rakam’

![|650x307](upload://by7q0ZbgjTJj6F2MpDVWfTQhciV.jpeg)

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh abg.botakk di TikTok, memaparkan seorang pemuda yang dicekup selepas kantoi merakam orang yang berada di dalam tandas lelaki.

Kantoi buat kerja tak clear rakam orang dalam tandas. Dia ni gayboy.

Lelaki berkenaan kelihatan berada dalam ketakutan dan pada mulanya enggan memberi telefonnya kepada orang awam yang berada di situ. Namun setelah ‘digertak’ oleh beberapa individu, pemuda berkenaan akhirnya menyerahkan telefonnya.

Dia bagaimanapun sempat memadam kesemua video tersebut sebelum dijumpai semula di dalam satu folder. Ratusan video menjijikkan dipercayai dirakam di tandas stesen minyak itu akhirnya ditemui di dalam folder telefon bimbit miliknya.

Orang nak tengok yang kau rakam tu. Kau buat macam ni tak guna. Masa kau buat tu ada kau fikir? Kau nak settle macam mana? Habis tu orang punya aib yang kau rakam tu macam mana?

Berebut nak dapatkan telefon semula

![|650x308](upload://qJoGa0AbvVVnLAxpiHJHOJ42oGi.jpeg)

Dalam pada itu, pemuda berkenaan turut memberi alasan bahawa dirinya tidak sihat kerana demam dan baru lepas menerima suntikan vaksin.

Asal? kau cucuk vaksin kena tengok orang buang air kecil lah? Orang buang air besar pun kau rakam.

Takut dibawa ke balai polis, pemuda berkenaan cuba mendapatkan telefon bimbitnya semula, namun orang awam yang berada di situ menangani situasi tersebut dengan baik tanpa menggunakan kekerasan.

Tidak lama selepas itu, pihak polis datang ke tempat kejadian dan menggarinya sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Sumber : botakk.haa


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kantoi-rakam-video-dalam-tandas-lelaki-cuak-kena-cekup-siap-offer-nak-bagi-duit