Kantoi Naik Feri & ‘Check In’, Polis Tak Sangka Isteri Curang Dengan Kawan Baik Sendiri – ‘Dah 3 Bulan Saya Syak’

![|650x366](upload://rN9HFFIaoCXMXizOqzOjbpsv2aP.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Selain berlakunya perselisihan faham, orang ketiga atau isu curang merupakan salah satu punca yang menyebabkan perhubungan dalam sesebuah rumah tangga itu runtuh. Itulah yang dilalui seorang anggota polis ini apabila isterinya dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya (seorang anggota polis) merangkap rakan baiknya.

Isteri kantoi ‘check in’ hotel

![|650x324](upload://r3hlIr8o7IDI0QiaY7iTM7POKBQ.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan media Indonesia, kesabaran seorang suami yang dikenali dengan nama BP akhirnya memuncak selepas mendapat tahu bahawa isterinya kantoi berdua-duaan bersama lelaki lain di sebuah hotel di Indoneisa. Menurut sumber, si suami mula mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit sejak 3 bulan yang lalu.

Bercerita dengan lebih lanjut, si suami dikatakan terdetik untuk mengekori si isteri selepas wanita itu meminta kebenaran untuk keluar pada 21 Februari yang lalu. Lelaki itu kemudian menghubungi saudara terdekatnya dengan meminta pertolongan mereka untuk mengekori pergerakan isterinya yang dipercayai telah menaiki feri menuju ke sebuah pusat penginapan. Ternyata tanggapannya tepat sekali. Isterinya telah pergi ke pusat penginapan itu bersama kekasih gelapnya.

Serahkan kepada pihak berkuasa

![|650x340](upload://537RhTLGZr7MfOywAFge153dptN.png)

Foto: Nkriku

Difahamkan, saudara BP telah melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kecurangan tersebut. Berikutan daripada laporan yang diterima, pihak polis telah menyerbu sebuah bilik hotel dan mereka melihat suspek berdua-duaan di dalam bilik berkenaan. Hasil daripada siasatan awal mendapati, lelaki tersebut sudah berkahwin dan memiliki anak. Ketika menjalinkan hubungan sulit itu, dia masih berstatus suami orang.

Difahamkan, BP dan isterinya sudah lima tahun bernikah dan dikurniakan seorang cahaya mata. BP mengakui sangat kecewa dengan tindakan s isteri namun dia menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa. Bukan itu sahaja, dia juga berharap agar kekasih gelap isterinya diberi hukuman yang setimpal termasuk dipecat daripada anggota polis kerana tindakannya itu secara tidak langsung mencalarkan imej anggota polis.

Sumber: Nkriku


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kantoi-naik-feri-check-in-polis-tak-sangka-isteri-curang-dengan-kawan-baik-sendiri-dah-3-bulan-saya-syak