Kanak-Kanak Maut Diserang ‘Bully Dog’, Pasangan Kekasih Ada 5 Kesalahan Mengaku Bersalah

Pasangan kepada pemilik anjing pembuli Amerika di United Kingdom mengaku bersalah selepas anjing peliharaannya itu  menyerang seorang kanak-kanak lelaki sehingga maut pada 8 November 2021.

Pasangan mengaku bersalah

Pasangan terbabit, Amy Salter dan Brandon Hayden mengaku bersalah ketika hadir di Mahkamah Cardiff Crown pada Khamis lalu.

Dalam pada itu, mereka turut mengaku menjaga seekor anjing jenis bully dog sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian kepada kanak-kanak berusia 10 tahun itu.

Kedua-duanya turut mengakui bahawa terdapat lima kesalahan kerana memiliki anjing secara berbahaya. Susulan daripada itu, Hakim Michael Fitton telah menetapkan 10 Jun 2022 sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman terhadap pasangan terbabit.

Pada 4 November 2021, terdapat tiga insiden yang berlaku di mana anjing itu telah melompat ke atas individu, menggigit serta bersikap agresif terhadap orang lain.

Walau bagaimanapun, mereka dibenarkan diikat jamin dengan syarat pasangan itu tidak boleh menghubungi saksi pendakwaan serta memasuki Penyrheol di Caerphilly atau memiliki anjing.

Kanak-kanak maut diserang anjing

Terdahulu, kanak-kanak malang itu diserang ketika sedang bermain di rumah rakannya selepas sesi persekolahan. Paramedik dari Perkhidmatan Ambulans Wales bergegas ke tempat kejadian, namun tidak dapat menyelamatkannya kerana kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan lehernya.

Susulan daripada itu, pegawai polis bertindak ‘memusnahkan’ anjing terbabit dan mendapati bahawa anjing seberat 115 paun itu tidak ada dalam senarai baka yang dilarang.

Sumber : Mirror.uk


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kanak-kanak-maut-diserang-bully-dog-pasangan-kekasih-ada-5-kesalahan-mengaku-bersalah