Kanak-Kanak 4 Tahun Positif Dadah Terpaksa Ditidurkan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dilaporkan kritikal di hospital selepas dikesan mempunyai kandungan dadah tinggi dalam badan kini berada dalam keadaan sangat lemah dan terpaksa ditidurkan.

Artikel Berkaitan: ‘Sering Terkejut & Mukanya Bertambah Pucat’ – Luluh Hati Ibu Bila Dapat Tahu Anak Diberi Dadah

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 4 Tahun Kritikal Ada Dadah Dalam Badan, Bapa Saudara Ditahan Mengaku Bawa Pergi ‘Suatu’ Tempat

Mangsa perlu ditidurkan

Memetik laporan Harian Metro, ibunya yang berusia 36 tahun memaklumkan anak bongsunya yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) tidak menunjukkan sebarang tanda positif. Difahamkan, mangsa yang berada dalam keadaan sangat lemah terpaksa ditidurkan.

Doktor memaklumkan anak saya perlu ditidurkan kerana keadaannya yang sangat lemah kesan daripada dadah itu.

Pilu hati saya melihat keadaannya sebegitu dan walaupun dia tidak sedarkan diri, saya tetap berbisik di telinganya agar bukakan mata dan segera sembuh. Saya hanya inginkan anak sedar sahaja, tidak mengapa kalau dia tidak boleh berjalan atau ada kesan lain, itu sahaja yang saya harapkan.

Tambah ibu kepada tiga anak ini, anak bongsunya itu adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah pertuturan (lambat) dan baru boleh berjalan.

Terdahulu, seorang kanak-kanak berusia empat tahun kritikal selepas dikesan terdapat dadah jenis methampethamine dalam badannya. Susulan daripada itu, seorang buruh yang juga bapa saudara mangsa telah ditahan untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kanak-kanak-4-tahun-positif-dadah-terpaksa-ditidurkan