Kami Kongsi 5 Idea Sajian Seimbang Bawah RM5 Yang Mudah Disediakan, Tak Sampai 5 Minit Dah Siap!

Kami percaya sekarang mesti ramai yang dah lebih peka tentang kepentingan pengambilan pemakanan yang seimbang betul tak? Kesedaran tu dah bagus, tapi min percaya mesti ada diantara korang yang sedang berkira-kira dari mana nak mula kan?

Tak kurang juga yang masih kurang faham akan maksud pemakanan seimbang yang sebenar, ada yang rasa asalkan ada sayur-sayuran dalam pinggan dah okaylah tu. Haa.. Bukan macam tu tau.

Pemakanan seimbang adalah pengambilan makanan yang merangkumi pelbagai jenis sumber makanan daripada kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein, sayur-sayuran & buah-buahan dalam jumlah yang bersesuaian untuk keperluan badan.

Amalkan konsep Suku-Suku Separuh

Pinggan Sihat Malaysia merupakan panduan mudah untuk merancang hidangan yang seimbang. Anda hanya perlu mengamalkan konsep Suku Suku Separuh seperti di bawah:

  • Isikan suku pinggan dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi atau roti.
  • Isikan suku kedua sumber protein seperti ikan, daging, tauhu, ayam atau telur.
  • Setengah pinggan dipenuhi dengan buah-buahan dan juga sayur-sayuran

Pasti ramai penggemar mi segera di sini kan? Tahukah anda bahawa anda juga boleh menyediakan hidangan yang seimbang dengan menggunakan mi MAGGI 2-minit?

Ramai yang tak tahu mi MAGGI  diperbuat daripada 100% gandum Australia. Kalau korang tambah mi MAGGI tersebut dengan bahan-bahan segar seperti sayur-sayuran dan sumber protein berdasarkan konsep Suku Suku Separuh, ianya terus jadi hidangan yang seimbang!

Nah resipi sajian seimbang mi MAGGI yang mudah disediakan

Menu mudah dan pantas

Korang hanya perlu menggunakan MAGGI Kari dan bahan-bahan yang dah ada dekat rumah seperti sayur-sayuran bersesuaian bersama protein pilihan sebagai topping.

  • MAGGI Kari
  • Lobak merah, kailan, kubis atau apa-apa sayuran pilihan
  • Topping: Isi ayam, telur atau apa-apa protein pilihan

Buat anak-anak yang memilih makanan

Ibu bapa mesti selalu runsing hal ni kan? Anak-anak susah betul nak makan makanan yang dihidangkan. Haa.. Sebenarnya ada cara dia tau, korang perlu jadikan hidangan tu lebih menarik.

Contohnya, hidangkan sayur dengan pelbagai warna yang dipotong kecil atau dalam bentuk menarik. Sumber protein pula boleh dibentuk dengan acuan yang comel atau dijadikan sebagai bebola agar si manja teruja untuk makan.

Bahan-bahan:

  • MAGGI Ayam
  • Bayam, lobak merah, jagung, isi ayam cincang dan cendawan

Selera Asli

Ada peminat kerabu ke dekat sini? Nah ni resipi yang korang wajib cuba, ia kaya dengan aroma herba untuk membangkitkan selera. Memang kena sangat dengan selera orang tempatan.

Bahan-bahan:

  • MAGGI Tom Yam
  • Udang atau sotong
  • Tomato, kubis, lobak merah, timun, ketumbar, daun kesum dan bunga kantan (dihiris halus)

Mi MAGGI dengan sayur je pun dah sedap!

Buat korang yang gemarkan rasa asli mi MAGGI tanpa daging, ayam atau makanan laut, korang boleh gunakan tauhu dan cendawan sebagai pengganti sumber protein.

Resipi yang ni memang kegemaran min, kalau makan masa hujan. Fuhh, layan weh hirup sup tu panas-panas .

Bahan-bahan:

  • MAGGI Ayam
  • Cendawan dan tauhu
  • Lobak merah, bok choy dan jagung
  • Hirisan rumpai laut kering

Ada lauk tak habis? Campur je dengan mi MAGGI!

Jangan buang lauk korang yang tak habis! Lauk tu korang boleh guna semula untuk masak dengan mi MAGGI.

Contohnya, kalau ada ikan goreng lebihan, carik-carikkan dan hasilkan versi laksa goreng dengan MAGGI Asam Laksa dan sayur-sayuran. Senang & lazat!

Kalau min, min tambahkan sikit dengan nenas, daun pudina, bunga kantan, daun kesum dan bawang untuk meningkatkan aroma hidangan. Selera pasti terangkat

Penyediaan sajian seimbang kini lebih mudah dengan mi MAGGI

Lepas ni tak perlu dah korang pening-pening fikir macam mana nak sediakan menu seimbang, cara paling mudah guna je mi MAGGI. Tak sampai 5 minit hidangan seimbang dah siap dan sedia untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

Korang boleh dapatkan produk mi MAGGI di mana-mana pasar raya berhampiran atau buat pembelian secara atas talian melalui pautan di SINI.

Jangan lupa juga follow laman Facebook rasmi MAGGI Malaysia untuk sebarang maklumat dan promosi terkini.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kami-kongsi-5-idea-sajian-seimbang-bawah-rm5-yang-mudah-disediakan-tak-sampai-5-minit-dah-siap