‘Kalau Tak Puas Hati Cakap Depan-Depan’ – Pelakon Wanita Popular Burukkan Nama, Ayda Jebat Tak Kisah

Sebelum ini wujud dakwaan seorang artis wanita yang didakwa memburukkan nama Ayda Jebat. Pemilik lagu Pencuri Hati itu bagaimanapun memaklumkan dia enggan mengambil tahu siapakah pelakon wanita yang memburukkan namanya kepada individu lain.

Artikel berkaitan : Ayda Jebat Tepis Dakwaan Kahwin Sebab Harta, Selesa Cari Duit Sendiri – ‘Kakak Beli Rumah Untuk Ibu & Ada Enam Kereta’

Artikel berkaitan : ‘Mak Mentua Tak Bagi Masak, Kemas Rumah Pembantu Buat’ – Ayda Jebat

Artikel berkaitan : Ayda Jebat ‘Berehat’ Daripada Lakonan Demi Anak

Pelakon wanita burukkan nama Ayda?

Menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, dia berharap agar pelakon wanita terbabit bersikap profesional dan tampil berjumpa dengannya secara bersemuka.

Saya tak tahu dan tak nak ambil tahu. Bagi saya, kalau tak puas hati cakap depan-depan. Mungkin dia tiada niat nak bercerita, tapi bila bercakap dengan rakan-rakan artis menyebabkan perkara ini tersebar dan mengeruhkan lagi keadaan.

Dedahnya lagi, salah satu kenapa Ayda tidak ramai berkawan dengan artis adalah kerana perkara seperti ini apabila berjumpa dengannya individu terbabit akan ramah, namun di belakang suka buruk-burukkan orang lain.

Pernah disenarai hitam

Difahamkan, kejadian seperti itu kerap terjadi sebelum ini sehingga syarikat produksi pernah menyenarai hitam namanya dan rupa-rupanya terdapat pelakon yang telah memburukkan namanya.

Saya hanya berkawan dengan artis bila berkaitan kerja saja. Tiada yang saya keluar lepak makan bersama-sama. Kalau ada pun betul-betul ikhlas dan baik.

Saya pernah dihubungi penerbit dan pengarah yang memaklumkan nama saya disenarai hitam tanpa usul periksa. Bila saya dapat tahu rupanya ada pelakon yang burukkan nama saya sehingga saya berjumpa dengan pelakon itu. Perkara sebegini bukan sekali dua berlaku.

Dalam pada itu, Ayda turut menyatakan bahawa artis tersebut tidak perlu menjatuhkannya atau mempunyai sifat dengki terhadap kejayaan orang lain.

Sumber : Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kalau-tak-puas-hati-cakap-depan-depan-pelakon-wanita-popular-burukkan-nama-ayda-jebat-tak-kisah