Kaki Sukan Kena Tahu, Makanan Jenis Ni Boleh Tolong ‘Recover’ Lebih Cepat Lepas Bersenam

Korang dah bersenam ke belum hari ni? Bersenam kan bagus untuk kesihatan. Tak kisah la korang nak guna alatan senaman atau pergi gym sekalipun. Buat senaman mudah pun boleh. Asalkan dapat mengeluarkan peluh.

Lepas bersenam, korang mesti penat dan hilang tenaga kan? Ada yang suka makan berat-berat lepas bersenam. Nak recover tenaga katanya. Sebenarnya lebih elok kalau korang makan makanan yang membantu korang pulih dengan lebih cepat selepas bersenam. Nak tahu apa dia?

Bagus makan oat selepas bersenam, pulih tenaga lebih cepat!

Korang dah lama amalkan makan oat ni ke? Bagusnya korang ni! Oat merupakan contoh makanan bijirin penuh dan mengandungi tinggi fiber. Biskut oatmeal boleh bekalkan nutrien penting. Banyak manfaatnya berbanding biskut lain tau.

Korang nak cari biskut oatmeal yang bagus dan berkualiti? Kami rekomen korang yang ni..

Biskut Oatmeal keluaran Myziff Bakers, sangat recommended!

Nak tahu snek apa yang sesuai untuk korang yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif sepanjang masa? Semestinya biskut oatmeal keluaran Myziff Bakers. Ramai juga yang recommended biskut oatmeal ni. Oleh sebab tu la kami nak kongsikan pada korang!

Apa yang menariknya tentang biskut oatmeal keluaran Myziff Bakers? Resipi biskut oatmeal yang sihat ini mengandungi 50% oat dan tak mengandungi telur di dalam ramuan. Paling penting, biskut oatmeal ni tiada bahan pengawet atau pewarna tiruan tau. Selamat dimakan dan bagus untuk kesihatan!

Kami boleh jamin yang biskut oatmeal keluaran Myziff Bakers ialah 100% semula jadi dan halal. Biskut oatmeal macam ni la yang boleh berikan korang tenaga dan nutrien yang diperlukan setiap hari. Memang pilihan tepat la.

Tahu tak? Apa yang bagusnya tentang oat ni kalau korang makan selepas bersenam? Ini kebaikannya..

Oatmeal kaya dengan nutrien

Oat mempunyai nilai pemakanan yang hebat, sumber serat dan karbohidrat yang penting. Ramai yang suka makan oat sebab ia mengandungi sejumlah besar protein dan lemak berbanding bijirin lain. Oat juga kaya dengan vitamin dan mineral penting dalam amalan gaya hidup sihat.

Oat dapat dihadam dengan lebih baik

Macam kami cakap tadi, oat merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat. Karbohidrat ni penting untuk badan kita tau. Ini la sumber tenaga yang diperlukan oleh otot ketika melakukan senaman.

Tahu tak? Oat dihadam pada kadar yang perlahan. Kalau korang makan oat sebelum bersenam, korang akan bertenaga dengan lebih lama. Tak percaya? Try la nanti!

Oat turut mempunyai gentian beta-glucan yang membantu pelepasan tenaga yang perlahan (slow energy release). Jadi, oat dapat menjamin membekalkan tenaga sepanjang tempoh bersenam. Paling menarik, oat juga membantu mengawal paras gula dalam darah.

Pengambilan oat sebelum bersenam telah terbukti meningkatkan prestasi senaman. Oat juga mempunyai sejumlah besar zat besi yang membantu membawa oksigen ke otot sepanjang senaman.

Oat bagus untuk mengawal berat badan

Bila bercerita pasal berat badan, mesti rasa malu. Itu perkara biasa. Tapi berat badan ni kalau tak dikawal, boleh risiko kepada obesiti pulak. Oleh sebab tu la ramai yang makan oat untuk jaga diet mereka.

Nak turunkan atau kekalkan berat badan, kena la makan oat okay? Oat membantu mengawal pencernaan dan penyerapan nutrien. Korang akan rasa kenyang kalau makan oat, nak ambil snek pun kurang. Bagusnya!

Oat mengandungi protein yang tinggi berbanding dengan bijirin lain

Korang salah seorang yang mengamalkan rejim kecergasan (fitness regime) atau bersenam dengan mengangkat berat ke? Baik amalkan makan oat ni sebab ia mempunyai protein yang tinggi. Bayangkan 40 gram oat akan bagi korang sekitar 7 gram protein. Banyak faedah!

Ada yang kata kualiti protein dalam oat tak sama seperti protein dalam daging atau ayam. Memang betul pun. Tapi menambahkan oat pada diet korang merupakan salah satu cara untuk meningkatkan pengambilan protein dengan mudah tau.

Oleh sebab tu la, kami rekomen biskut oatmeal ni. Dengan biskut keluaran Myziff Bakers, korang tak perlu susah payah sediakan oatmeal. Nama pun biskut oatmeal, boleh terus makan je. Senang gila la.

Haa.. Menarik kan? Jangan lupa kongsikan tentang biskut oatmeal keluaran Myziff Bakers kepada keluarga dan kawan-kawan korang. Entah-entah sekarang ni mereka tengah cari biskut oatmeal. Mana la tahu kan. Confirm puas hati!

Berminat untuk dapatkan biskut oatmeal keluaran Myziff Bakers? Korang boleh pergi ke Facebook MyZiff Bakers dan Instagram @myziffbakers untuk info lebih lanjut ya.

Jom dapatkan Biskut Oatmeals keluaran Myziff Bakers terus secara dalam talian di Shopee.

Semoga korang terus sihat dengan mengamalkan makan oat dalam kehidupan seharian korang!


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kaki-sukan-kena-tahu-makanan-jenis-ni-boleh-tolong-recover-lebih-cepat-lepas-bersenam