Kaki Dipasung & Tak Boleh Bergerak Kerana Alami Gangguan Jiwa, Wanita Tetap Susukan Bayi 5 Bulan

Walaupun kaki kanan dipasung, seorang wanita di pedalaman Manggarai Timur, Indonesia masih mampu untuk menyusukan anaknya yang berusia lima bulan.

Dipasung sambil susukan anak

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Kompas.com, si ibu dikenali sebagai Hu dikatakan terpaksa dikurung dan dipasung kerana mengamuk akibat disyaki mengalami gangguan mental.

Meskipun kaki kanannya dipasung, namun kasih seorang ibu terhadap zuriatnya tidak akan pernah padam apabila dia tetap menyusukan anaknya.

Menurut jurucakap polis, Stefanus Belasius Rugu, pihak keluarga mentua wanita terbabit terpaksa melakukan perkara itu kerana si ibu pernah bertindak cuba membakar pakaian sendiri serta anaknya.

Lebih-lebih lagi di rumah itu ada bapa mentua yang dah tua. Demi jaga keselamatan, wanita itu dikurung di dalam rumah selama 2 hari untuk menyekat pergerakannya.

Dah dibebaskan

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan sudah dibebaskan oleh keluarganya, malah ibu dan bayinya tersebut sudah dijemput oleh keluarganya dan sedang berehat di rumah ibu bapa di salah satu daerah di Manggarai.

Menurut bapa mentua, keadaan wanita berkenaan semakin baik dan tidak pernah marah-marah lagi. Dia juga dah boleh menguruskan bayinya.

Difahamkan, suami pertama wanita terbabit sudah meninggal dunia, kemudian dia berkahwin semula dengan lelaki lain dan dikurniakan seorang cahaya mata. Namun, suami keduanya itu sudah berhijrah ke Kalimantan untuk mencari rezeki.

Sumber : Kompas.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/kaki-dipasung-tak-boleh-bergerak-kerana-alami-gangguan-jiwa-wanita-tetap-susukan-bayi-5-bulan