Jururawat Baru Lepas Bercerai Ditahan Polis, Bayi 8 Bulan Maut Dengan Kesan Kecederaan

Sekadar gambar hiasan

Di Sungai Siput, Perak, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan disahkan meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada badannya.

Terdapat kesan kecederaan

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pihak polis telah menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan pada 7.10 pagi. Kanak-kanak malang yang tidak sedarkan diri itu menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.

Proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati terdapat kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan mangsa akibat objek tumpul.

Difahamkan, ibu kandung mangsa berusia 30 tahun itu sudah bercerai bersama suaminya dan mangsa merupakan anak tunggal.

Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang sudah bercerai sejak enam bulan lalu.

Susulan daripada itu, si ibu yang bekerja sebagai jururawat ditahan dan direman bagi membantu siasatan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ibu mangsa direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kita akan menjalankan siasatan lanjut jika ada individu lain terbabit dalam kes ini.

Sumber : Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/jururawat-baru-lepas-bercerai-ditahan-polis-bayi-8-bulan-maut-dengan-kesan-kecederaan