Jual Ternakan & Aset Untuk Rawat Sakit Perut, Rupanya Doktor ‘Tertinggal’ Gunting Dalam Perut 20 Tahun Lepas

![|650x413](upload://qfPgzG6BcEAsm2jbtoK6uSHKHPG.jpeg)

Foto: Dhaka Tribune

Seorang wanita terkejut selepas mendapati sakit perut yang dialaminya selama hampir 20 tahun sebenarnya berpunca daripada sebilah gunting yang ‘tertinggal’ di dalam perutnya.

Doktor maklum sakit perut itu ‘normal’

![|650x542](upload://rWoBkb9xnmgAUz4dvdnRbNuRDgb.jpeg)

Foto: The News Minute

Bachena Khatun, 55 tahun, seorang wanita di Alamdanga, Khulna, Bangladesh pernah menjalani satu pembedahan membuang batu karang di sebuah klinik pada 2002. Sejak itu, dia mula mengadu sering mengalami sakit perut.

Beberapa hari selepas pembedahan, Khatun pergi semula ke klinik tersebut bagi memaklumkan mengenai sakit perut yang dialaminya, namun doktor memaklumkan rasa sakit itu adalah normal dan dia tidak perlu risau.

Rasa sakit yang Khatun alami berterusan dan atas dasar tidak berpuas hati, Khatun berjumpa dengan doktor yang lain namun hasilnya sama, dia malah diberikan ubat tahan sakit bagi meredakan rasa sakit.

Saban tahun, Khatun terpaksa menjual haiwan ternakannya dan beberapa aset lain bagi mendapatkan rawatan untuk menghilangkan rasa sakit di perutnya.

Akhirnya, Khatun nekad untuk ke hospital bagi mendapatkan imbasan ‘X-Ray’ dan doktor menemukan sebilah gunting surgikal di dalam perutnya, sekaligus mengetahui punca kesakitan yang dialaminya selama ini.

Pembedahan segera dilakukan dan gunting itu berjaya dibawa keluar. Keadaan Khatun semakin pulih.

Sumber: Dhaka Tribune


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/jual-ternakan-aset-untuk-rawat-sakit-perut-rupanya-doktor-tertinggal-gunting-dalam-perut-20-tahun-lepas