Johor Adalah Rumah Kita, Pilih Yang Terbaik Untuk Urus Rumah Kita – Dato Haji Hasni

![|748x500](upload://h3MoKConi3zMvl4NRCQPihioTMv.jpeg)

KREDIT FOTO : BERITA HARIAN

“Johor adalah Rumah Kita. Johor is Our Home. Di sinilah tempat kita dilahirkan, menempuh segala ranjau kehidupan dan mungkin di sini juga tempat kita disemadikan.

Dalam tempoh masa kurang 24 jam, saudara dan saudari akan menunaikan tanggungjawab untuk menentukan hala tuju Rumah Kita ini bagi tempoh lima tahun akan datang.”

Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa bahangnya! Baris ayat tersebut merupakan antara intipati ucapan oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Dalam ucapan yang sama, beliau menegaskan bahawa masa depan Rumah Kita menjadi cagaran dan taruhan kerana semua parti politik turut menawarkan pelbagai ikrar dan pelan.

Bagaimanapun, Ikhtiar BN Johor bukanlah sekadar ikrar atau pelan yang berjela-jela. Ikhtiar BN Johor merupakan komitmen bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran masa depan Rumah Kita.

“Kita wajar memilih hanya yang terbaik untuk menguruskan Rumah Kita, iaitu Johor Darul Ta’zim. We must choose the best for Our Home. We must choose the best for Johor Darul Ta’zim.

Kita wajar memilih sebuah Kerajaan yang berupaya mengurus ekonomi dan membina potensi Rakyat Johor

Kita wajar memilih naratif politik baharu lagi matang. Politik amal dan politik bakti. Bukan politik yang disruptive, jauh sekali ahli-ahli politik yang chauvinis.

Kita juga wajar memilih masa depan yang stabil, masa depan yang sejahtera dan lebih terjamin untuk semua. Bukan masa depan yang tidak berpijak di bumi nyata, malah berada di luar kemampuan yang ada.”

Datuk Seri Hasni Mohammad juga mahu rakyat memilih pemimpin yang benar-benar mahu dan terbukti berupaya memberikan yang terbaik untuk masa depan Rumah Kita.

“Semoga dengan tekad untuk kekal berikhtiar, Johor Darul Ta’zim yang kita cintai ini akan menjadi lebih hebat berbanding sekarang, akan lebih makmur pada masa depan. Insya-Allah”

“Insya-AllahApabila diberikan mandat untuk membentuk Kerajaan Negeri yang baharu nanti, BN Johor tidak akan berlengah dalam melaksanakan ikhtiar tersebut demi menjamin masa depan semua Rakyat Johor.”


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/johor-adalah-rumah-kita-pilih-yang-terbaik-untuk-urus-rumah-kita-dato-haji-hasni