Janna Nick Teruja Dapat Beli Rumah Kedua – ‘Doakan Yang Ketiga Pulak Okay’

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick berkongsikan berita gembira bersama peminat apabila dia berjaya memiliki rumah keduanya.

Artikel berkaitan: Ramai Pelik Sedap Sangat, Janna Nick Mohon Maaf Terpaksa ‘Miming’ Di AIM23 Sebab Masalah Kesihatan

Artikel berkaitan: Janna Nick Tak Tagih Simpati Netizen

Tambah hutang

Terdahulu, pelantun lagu Gatal, Nurul Jannah binti Muner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick memuat naik satu gambar di laman Instagram yang berlatar belakang rumah besar yang baru sahaja dibeli olehnya. Walaupun baru berusia 27 tahun, tetapi pencapaian yang ditunjukkan oleh Janna Nick membuatkan ramai orang teruja.

Alhamdulillah done tambah hutang. Jom la kerja lebih keras lagi

Perkongsian Janna Nick turut menarik perhatian rakan artis yang rata-rata meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian kekasih hati Dini Schatzmann itu.

Komen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah dan bangga di atas pencapaian Janna Nick. Untuk info, Janna Nick telah membeli rumah pertamanya yang bernilai kira-kiraRM 1 juta pada 2017.

Sumber: @Jannanick


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/janna-nick-teruja-dapat-beli-rumah-kedua-doakan-yang-ketiga-pulak-okay