Janna Nick Dedah Otak & Hati Pesakit Mental Tak Pernah Sehaluan, Sering Dengar Lebih Daripada Lima Suara – ‘Hanya Tidur Waktu Yang Paling Sunyi’

![|650x400](upload://jyXu2NqpCEJvxJYIAUiGK8DhnCF.jpeg)

Umum tahu, pelakon dan pengacara Janna Nick berdepan dengan penyakit Bipolar Disorder dan masih dalam rawatan dengan mengambil ubat Antidepressant Medication (Escitalopram) dan Carbamazepine (CBZ).

Artikel Berkaitan: Janna Nick Dedah Pernah 2 Kali Cuba Bunuh Diri

Artikel Berkaitan: Dipanggil Orang Sakit Mental, Janna Nick Enggan Ambil Pusing Pilih Gembirakan Hati – ‘Jadi Netizen Semua Benda Boleh Cakap’

Otak pesakit mental ‘sangat bising’

![|650x1173](upload://oKWC9uN3DKy7yPmybqanjeWTXFs.jpeg)

Bukan satu perkara mudah untuk menghadapinya, Janna, 26, mendedahkan dia terpaksa terima fikiran dan perasaannya tidak pernah sehaluan.

Dedah pelakon drama Melastik Ke Hatimu, dia terpaksa berhadapan dengan situasi di mana dia sering terdengar suara dan bisikan yang mengganggu ketenangan diri.

Penat dengan watak dalam Misteri Mona

![|650x752](upload://fZRHHtq3pMROC9daF1JZy1kvonI.jpeg)

Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Jannah Munir menyatakan watak sebagai pesakit mental dalam drama Misteri Mona telah membuatkan keadaan kesihatannya makin teruk.

Akuinya, dia akan berasa letih dan lesu sejurus pulang daripada set penggambaran.

This character triggered my bipolar, ia menjadi bertambah teruk apabila saya melakonkan watak ini.

Setiap hari balik shooting, saya jadi lesu. Otak saya penat. Saya tak nak jumpa orang dan tak nak bersiap.

Sumber: Instagram @jannanick


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/janna-nick-dedah-otak-hati-pesakit-mental-tak-pernah-sehaluan-sering-dengar-lebih-daripada-lima-suara-hanya-tidur-waktu-yang-paling-sunyi