Janna Nick ‘Belanja’ Nikmat Makan Salji, Netizen Siap Suruh Buat Ais Batu Campur – ‘Patut Bawa Sirap Dengan Susu Cair!’

![|630x388](upload://nnqfFMz0d18i2jdrsbWwQlJ2Taf.jpeg)

Umum tahu, pelakon sensasi Janna Nick kini berada di luar negara bersama kekasih cinta, Dini Schatzmann.

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Mesra Dengan Dini Schatzmann, Netizen Suruh Janna Nick Cepat Kahwin – ‘Memang Sweet Tapi Haram’

Teringin makan salji

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Perkongsian hantaran terbaru Janna, 27, di sebuah puncak pergunungan salji telah menarik perhatian wargamaya.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Janna berkongsi momen dia makan salji yang dicampur bersama madu di pergunungan yang tidak dikongsikan lokasinya.

Menurut pemilik nama Nurul Janna Muner, ini adalah pengalaman seumur hidup untuk dia merasa kenikmatan makan salji.

Hari ini saya akan makan salji. Ini bukan pertama kali saya bermain salji. Tapi setiap kali saya datang ke tempat yang ada salji, saya akan berasa teringin untuk makan salji.

Mungkin sekali seumur hidup saya kena buat juga perkara ini (makan salji).

Dalam hantaran sama, Janna juga memberitahu salji yang dimakan itu diambil dari puncak paling tinggi dan belum dipijak orang lain.

Boleh buat ais batu campur

![|650x652](upload://1i9wFkQqEmPMHZUJdgB0F02BsnU.jpeg)

Video itu telah membuatkan rata-rata netizen terliur termasuklah penyanyi Ernie Zakri di Instagram Storiesnya.

Tak cukup dengan itu, ada yang mencadangkan agar pelakon drama Marry Me Senorita membawa sekali bahan makanan lain untuk dibuat ais batu campur di atas gunung itu.

@nuruleylia: Patut bawa sirap dengan susu cair!

@acikfatihah: Cendol tak bawa sekali?? Boleh buka kedai kat situ sekali.

@man_tiger91: Nanti bawa santan dengan cendol baru ngam.

@silynnnn_00: Letak sirap dengan gula melaka woi.

Sekadar info, Janna dan Dini mula menjalin hubungan percintaan sejak Jun 2019.

Sumber: Instagram @jannanick


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/janna-nick-belanja-nikmat-makan-salji-netizen-siap-suruh-buat-ais-batu-campur-patut-bawa-sirap-dengan-susu-cair