Jamal Abdillah Teruja Bakal Timang Cahaya Mata Kelima, Dah ‘Ready’ Nak Jaga Baby

![|650x553](upload://5Odvvji74GdivQUFFMK4prTHooh.png)

Sebelum ini, penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah pernah mengumumkan bahawa dia sedang menghitung hari untuk menimang cahaya matanya yang kelima.

Artikel berkaitan : Anak Bongsu Belum Cukup Setahun, Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ke-5

Terbaharu, Jamal bakal dikurniakan cahaya mata lelaki yang akan dilahirkan pada 22 Februari ini dengan kaedah pembedahan.

Bakal timang anak ke-5

![|650x565](upload://w4T5qTtawn7u8VoxVKHayettCQu.jpeg)

Penyanyi berusia 63 tahun ini menyatakan bahawa isterinya, Zai Izzati Khiruddin dijangka akan bersalin pada 28 Februari 2022, namun mereka memilih tarikh 22 Februari 2022 sebagai tarikh lahir anaknya kerana angkanya yang cantik.

Kenapa tarikh 22 Februari dipilih? Kerana angkanya yang cantik. Namun, kita hanya mampu merancang.

Ujar Jamal, dia sudah memilih nama bayi lelakinya iaitu Iskandar Rayyan Yamani yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Nama yang kami pilih adalah Iskandar Rayyan Yamani. Mulanya nak letak nama Iskandar Zulkarnain, tapi sebab dah biasa didengar, maka kami pilih Iskandar Rayyan.

Akui rasa tertekan

![|650x451](upload://4Vb0c6WFyXXBXDzYnqnYXSiIZhn.png)

Dalam pada itu, Jamal mengakui berasa tertekan dengan kehadiran cahaya mata kelima itu, namun dia tetap bersiap sedia untuk menyambutnya.

Memang ‘stress’ juga nak kembali jaga bayi. Tapi, memandangkan itu anak kita, jadi saya memang bersiap sedia.

Saya fikir, orang rumah saya pun bersusah payah kiri dan kanan menjaga anak. Pembantu rumah kami pun tahun ini saja dah empat orang berhenti kerja. Jadi, takkan saya nak biarkan isteri saya saja menguruskan anak. Saya pun akan bantu.

Sumber : Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/jamal-abdillah-teruja-bakal-timang-cahaya-mata-kelima-dah-ready-nak-jaga-baby