‘Jadi Punca Lambat Masuk’ – Penonton Piala FA Gigih Bawa Anak Kecil, Siap Sumbat Tin Susu Dalam Beg

Foto Kredit: Utusan

Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC yang mana kemenangan berpihak kepada JDT dengan mata 3-1.

Artikel Berkaitan: TV9 Tayang Perlawanan Sengit Liga Super Malaysia 2022

Artikel Berkaitan: Menteri Belia & Sukan Ucap Terima Kasih Buat Penyokong Skuad Harimau Malaya – ‘Kejayaan Yang Cukup Bermakna’

Ramai penyokong dah berada sejak pagi

Malah, disebabkan perlawanan itu dapat diadakan selepas dua tahun tanpa penonton di stadium, ramai yang difahamkan telah berada di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil itu sejak awal pagi.

Penyokong siap bawa anak kecil dan juga…

Bukan itu saja, situasi tersebut juga turut dikongsikan di media sosial dan salah satu video yang dimuat naik di TikTok memaparkan seorang penyokong wanita bersama anak sedang melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum masuk ke dalam stadium.

Apa yang mencuri tumpuan pengguna TikTok lain adalah barang yang dibawa dalam beg kerana terdapat beberapa helai baju salinan untuk anaknya dan juga satu tin besar susu formula.

Video

@azamtheributs_

? #fyp #fyp? #fypage #fyp??viral

? Janji ga papale – ????’???????

‘Janganlah paksa diri bawa anak’

Di bahagian komen pula, ramai yang ‘tepuk dahi’ melihat kejadian tersebut sekaligus menyebabkan ia menjaga punca untuk penyokong lain lambat masuk ke dalam stadium.

Orang ramai juga meminta agar insiden itu tidak diikuti oleh mana-mana penyokong lain kerana keadaan yang sesak dalam stadium dilihatkan kurang bersesuaian untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Sumber: TikTok


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/jadi-punca-lambat-masuk-penonton-piala-fa-gigih-bawa-anak-kecil-siap-sumbat-tin-susu-dalam-beg