Isu Ustaz Didakwa Rogol 12 Pelajar Sehingga Melahirkan Anak, Ibu Bapa Pelajar Luah Rasa Kecewa – ‘Rasa Dunia Nak Kiamat’

![|650x366](upload://k1jzBGRPv0nCuFxVRJp39wjy2Pk.jpeg)

Baru-baru ini seorang guru yang merupakan ustaz di sebuah sekolah pondok di Bandung, Indonesia telah dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa mencabul dan merogol 12 pelajarnya sehingga melahirkan anak.

Artikel berkaitan: Ustaz Didakwa Rogol 12 Pelajar, 8 Mangsa Sudah Lahirkan Anak & 2 Sedang Hamil – ‘Keseluruhan Ada 9 Bayi’

Reaksi ibu bapa

![|650x414](upload://dQxvuBMlKa3j7klYc13C0DAKF3E.jpeg)

Ketua Pusat Khidmat Bersepadu Pemerkasaan Wanita dan Kanak-Kanak (P2TP2A) Garut, Diah Kurniasari Gunawan berkata, dia turut tidak mampu menahan air mata apabila kesedihan dan kekecewaan ibu bapa kepada semua pelajar tersebut.

Tambahnya lagi, apabila para ibu bapa menyangkakan anak-anak mereka dihantar ke sekolah pondok itu untuk menuntut ilmu, namun hakikatnya menjadi mangsa durjana guru yang tidak bertanggungjawab.

Mereka (ibu bapa) berasa seolah-olah dunia ini sudah kiamat. Ada seorang bapa menangis teresak-esak selepas anak perempuannya menyerahkan bayinya yang berusia empat bulan

Bayi itu adalah hasil perbuatan terkutuk guru tersebut. Bayangkan apa yang mereka rasa selepas mengetahui anak-anak mereka menjadi mangsa rogol?

Diah Kurniasari turut memaklumkan bahawa ibu bapa semua pelajar tersebut bimbang memikirkan tentang nasib dan masa depan anak-anak mereka. Ujarnya lagi, P2TP2A akan menawarkan pelbagai sokongan dan bantuan kepada ibu dan pelajar yang menjadi mangsa, termasuklah bayi yang dilahirkan.

Jika tiada keluarga ingin menerima bayi yang dilahirkan, kami akan uruskan hak penjagaan kepada keluarga angkat.

Ketua P2TP2A itu juga, memaklumkan bahawa dia memahami situasi ibu bapa kesemua pelajar yang bukannya daripada golongan orang senang dan menyatakan di masa akan datang mereka pasti dapat menerimanya kerana darah daging sendiri. Lebih-lebih lagi terdapat seorang mangsa yang baru berusia telah mempunyai dua anak hasil dirogol guru durjana tersebut.

Sumber: Kompas.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/isu-ustaz-didakwa-rogol-12-pelajar-sehingga-melahirkan-anak-ibu-bapa-pelajar-luah-rasa-kecewa-rasa-dunia-nak-kiamat