Isu Selebriti Tutup Muka Anak, Siti Nurhaliza Berpendapat Itu Hak Masing-Masing – ‘Saya Pun Ada Pilihan Saya’

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpendapat bahawa setiap ibu bapa memiliki alasan tersendiri dan berhak untuk menjaga privasi keluarga terutamanya anak-anak mereka.

Artikel berkaitan : Tak Rasa Pelik Tutup Muka Anak Dengan Emoji, Elly Mazlein Pilih Jauhkan Dari Dunia Glamour

Artikel berkaitan : Dekat DM Tak Henti Netizen Tanya Pasal Wajah Anak, Neelofa Mohon Masa – ‘Bagi Bilal Besar Dulu Dan Kuat’

ibu bapa ada alasan tersendiri

Menurut Siti, ia terpulang kepada ibu bapa masing-masing kerana setiap individu pasti memiliki alasan serta pilihan mereka tersendiri.

Saya pun ada pilihan saya dan saya hormat pilihan masing-masing.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 43 tahun itu enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan orang lain kerana tidak mahu menimbulkan sebarang pertikaian sehingga mencetuskan perdebatan.

Setiap daripada kita tahu apa yang terbaik dan sebab apa sesuatu tindakan itu perlu dibuat. Jadi, tak payah dipertikaikan.

Elak daripada penyakit ‘Ain

Sebelum ini, timbul isu tindakan segelintir selebriti membuat keputusan untuk menyorokkan wajah anak mereka daripada tatapan umum membuatkan ada pihak yang berasa rimas.

Susulan daripada itu, mereka menggunakan emoji untuk menutup wajah anak-anak. Perkara terbabit dibuat bagi mengelakkan penyakit ‘Ain atau gangguan yang disebabkan perasaan iri hati serta dengki apabila melihat wajah seseorang.

Sumber : Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/isu-selebriti-tutup-muka-anak-siti-nurhaliza-berpendapat-itu-hak-masing-masing-saya-pun-ada-pilihan-saya