Isteri Shuk Sahar Tak Kisah Dituduh Meroyan, Dedah Ada Simpan Bukti – ‘Aku Lambat Sikit Sebab Bodoh’

![|650x400](upload://zZfJATNhhwdsouNwiRdcZZo9jWa.jpeg)

Seakan tidak pernah habis konflik yang melibatkan rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Artikel Berkaitan: Isteri Shuk Sahar Akui Sudah Putus Asa – ‘Aku Terkilan Sebab Aku Masih Mahu Baiki & Bertahan Lagi’ 

Aku kalau hilang sabar lain

![|650x477](upload://3spoeHyKSNvt8DmXGKkuPpDW4qq.png)

Terbaru, Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera menyatakan dia tidak kisah didakwa suka meroyan.

Menurutnya, dia masih bersabar dengan situasi yang berlaku namun tegas Sera dia mempunyai bukti yang kukuh terhadap kata-kata yang dimaksudkan.

Sera tak bagi apa-apa kenyataan dekat mana-mana media pun ya. Kenyataan pihak sana tiada kaitan langsung dengan Sera. Suka hati la nak cakap aku meroyan ke apa. Kau tahu apa yang kau dah buat.

Masing-masing ada kegilaan masing-masing. Ada gila menipu. Aku lain, kegilaan aku kalau hilang sabar lain. Cukup la tu.

Aku pun tau setiap proses orang lain, ada cepat ada lambat. Aku lambat sikit sebab bodoh. Tapi alhamdulillah lambat tapi Allah hantar kekuatan dan bukti.

Malas layan aura negatif

![|650x400](upload://8c7GPXeDrJkexzv92lhaSDmGKIu.jpeg)

Menerusi hantaran yang berbeza di Instagram (IG), Sera memilih untuk mengambil kata-kata positif daripada wargamaya. Enggan melayan aura negatif, Sera ingin memberi fokus terhadap perniagaan yang sedang diusahakan.

Sera ambil yang baik-baik saja. Yang cakap tak baik tu tak apa. Sera tau dia tak pernah rasa dan lalui. Fokus saja dengan hal yang boleh membawa Sera ke arah kejayaan.

Sera yakin Allah nak bagi Sera rezeki dengan cara ini. Sera kena rajin dan usaha.

Terdahulu, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, berusia setahun.

Sumber: Instagram @rossa.sera


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/isteri-shuk-sahar-tak-kisah-dituduh-meroyan-dedah-ada-simpan-bukti-aku-lambat-sikit-sebab-bodoh