Isteri Caprice Terlalu Penat & Tanggung Stres Dengan Netizen, Doktor Syak Hidap Vertigo – ‘Jangan Serang Dia, Saya Yang Berjihad’

![|650x400](upload://xDiC0mtjXnfYbTgpTqK4g02oBVu.jpeg)

Penyanyi rap sensasi Caprice ada berkongsi satu rakaman video di Instagram (IG) yang memaparkan isterinya, Farra Inalis Hussni, terbaring dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Caprice menyalahkan diri sendiri kerana sejak mereka berkahwin, Inalis atau lebih mesra disapa Elis sudah kehilangan hak privasi dan bertalu-talu menerima kecaman netizen.

Artikel Berkaitan: Tahniah! Caprice Pilih Wanita Kelantan Jadi Isteri

Artikel Berkaitan: Nak Guna Nama Sebenar Bukan Caprice, Ariz Ramli Jawab Soalan Netizen Kenapa Pilih Ibu Tunggal? – ‘Itu Rahsia Tuhan’

Tak boleh gerak & penglihatan jadi kabur

![|650x734](upload://lQfH9o8DwRQxelvAEb1UUe9pED2.jpeg)

Ketika dihubungi OhBulan!, Caprice, 33, menyatakan isterinya ada mengadu pening kepala sebelum rebah di dapur rumah mereka, semalam. Kata pemilik nama Ariz Ramli, Elis mempunyai masalah tekanan darah rendah sejak dia masih kecil lagi.

Bercerita lebih lanjut, doktor berkata kemungkinan Elis menghidap vertigo tetapi masih perlu merujuk kepada pakar untuk pemeriksaan selanjutnya.

Dua hari lepas, kami memang pulang lewat dari pejabat. Sebelum nak makan, dia ada mengadu pening dan tiba-tiba, bila dia nak pergi ambil sesuatu di dapur, dia rebah dan tak boleh bergerak.

Elis cuma cakap dia tak nampak apa-apa, pandangannya jadi kabur selain dengar deringan di telinganya. Saya tak tunggu lama, terus bawa dia ke hospital.

Alhamdulillah.. selepas diberi ubat dan drip dia lebih baik dan sudah discaj. Doktor syak vertigo tapi kami dinasihatkan untuk berjumpa pakar untuk menolak sebarang simptom lain.

Tertekan dengan netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds ?? (@daddycapofficial)

Tambah pelantun lagu Lenglui, dia dan Elis masih belum berkesempatan untuk berbulan madu disebabkan jadual kerja yang padat.

Dalam pada itu, kata Caprice lagi, dia tidak menafikan yang Elis terlampau penat bekerja selain tertekan dengan akaun Tik Tok miliknya yang kerap kali diserang warganet.

Saya rasa, dua minggu kebelakangan ini, sejak kami merasmikan bisnes balik, memang Elis terpaksa ikut jadual dan cara saya bekerja. Kadang-kadang sampai dua pagi kami bekerja.

Jadi, mungkin antara sebab dia jadi begitu kerana keletihan melampau. Mungkin dia tak biasa dengan cara kerja saya.

Tambahan pula, sejak kami berkahwin, akaun TikToknya memang selalu kena serang oleh warganet. Jadi, dia sudah lama menanggung tekanan dan stres mungkin. Tapi insya-Allah kami akan relaks dan bercuti pada tahun hadapan.

Pada 15 November lalu, Caprice selamat mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis Hussni yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu, Aleesya Sofea yang berusia lima tahun.

Sumber: Instagram @daddycapofficial


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/isteri-caprice-terlalu-penat-tanggung-stres-dengan-netizen-doktor-syak-hidap-vertigo-jangan-serang-dia-saya-yang-berjihad