Ini Antara Homechef Tempatan Menarik Di Foodpanda Yang Korang Kena Try, Bukan Biasa-Biasa!

Cara hidup kita dah semakin moden dengan adanya internet yang menjadi keperluan dan kemestian. Nak beli barang atau pesan makanan secara online? No problem la!

Pernah dengar tentang Jualan Murah Keluarga Malaysia @ De Dagang? Program ni membolehkan orang ramai membeli barangan pada harga lebih murah secara online. Paling menarik, foodpanda turut serta dalam menyokong perniagaan tempatan melalui program ni tau.

Kat sini kami dah senaraikan homechef menarik di foodpanda yang korang boleh cuba. Confirm korang terliur!

Cili Padi

Lokasi: Petaling Jaya

Menu istimewa: Asam Pedas Set

Asam pedas adalah masakan Melayu yang cukup popular dengan gabungan rasa masam dan pedas. Kalau korang  nak asam pedas yang padu, kena try Asam Pedas Set daripada Cili Padi ni. Sesuai sangat untuk makan tengah hari.

Klik sini untuk memesan makanan Cili Padi di foodpanda.

Chef Houz

Lokasi: Kajang

Menu istimewa: Spaghetti Ayam Salai Masak Lemak Cili Api

Sekali- sekala nak jugak la feeling Italians kan? Orang Malaysia memang suka makan spaghetti sebab sedap dan cepat kenyang. Cuba la Spaghetti Ayam Salai Masak Lemak Cili Api oleh Chef Houz ni. Gabungan western dan aroma tradisi yang amazing!

Klik sini untuk memesan makanan Chef Houz di foodpanda.

Arjuna Pure Ghee Briyani

Lokasi: Johor

Menu istimewa: Briyani Ayam

Orang Johor mesti tahu ni! Arjuna Pure Ghee Briyani sangat famous kat Johor dengan briyani yang dimasak dengan minyak sapi tulen dan basmathi kualiti. Briyani Ayam mereka paling best!

Klik sini untuk memesan makanan Arjuna Pure Ghee Briyani di foodpanda.

Mentega Terbang

Lokasi: Nilai

Menu istimewa: Croffle

Pernah makan Croffle yang asalnya dari Korea? Croffle adalah makanan hasil gabungan Croissant dan Waffle sebab tu nama dia Croffle. Dessert ni paling digemari sekarang. Manjakan lidah korang dengan Croffle oleh Mentega Terbang. Crunchy dan enak!

Klik sini untuk memesan makanan Mentega Terbang di foodpanda.

Bean Plus Bean

Lokasi: Shah Alam

Menu istimewa: Home made soy milk/tau foo fah

Suka makan tau foo fah? Pencuci mulut yang menggunakan soya sebagai bahan utamanya ni memang sedap dihidang sama ada sejuk atau panas. Lebih-lebih lagi kalau dapat tau foo fah oleh Bean Plus Bean. Lembut dan mencair di mulut!

Klik sini untuk memesan makanan Bean Plus Bean di foodpanda.

Kedai Takoyaki Mr. Tako

Lokasi: Klang

Menu istimewa: Mr Tako Mixed Spicy Family Set

Snek Jepun paling digemari oleh orang Malaysia, takoyaki! Sedap bila dimakan panas-panas. Kalau korang dah rasa sekali Mr Tako Mixed Spicy Family Set oleh Kedai Takoyaki Mr. Tako, mesti nak repeat punya la. Puas hati beb!

Klik sini untuk memesan makanan Kedai Takoyaki Mr. Tako di foodpanda.

Haa.. Terliur kan? Semuanya sedap belaka. Eh, cerita belum habis lagi. Kami ada berita gembira daripada foodpanda untuk korang!

Guna kod promosi TEN di foodpanda, dapat diskaun RM10!

Berita baik! Ada kod promosi istimewa yang korang boleh guna di foodpanda iaitu TEN. Jangan lupa gunakan kod ni semasa memesan. Promosi ni terhad jadi kena la cepat guys. Tertakluk pada terma dan syarat.

Siapa lagi nak sokong orang kita kalau bukan kita sendiri. Jadi, tunggu apa lagi? Jom sokong dan majukan perniagaan tempatan dengan membeli produk mereka!

Dengan program De Dagang, vendor Homechef baharu boleh menikmati kadar komisen yang lebih rendah tau. Best kan?

Adakah korang salah seorang homechef yang beraspirasi? Jom join foodpanda mulai hari ni! Klik SINI ya.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ini-antara-homechef-tempatan-menarik-di-foodpanda-yang-korang-kena-try-bukan-biasa-biasa