Ini 6 Mitos Tentang Kesihatan Gusi Yang Buat Ramai Orang Salah Faham!

![|630x305](upload://5JFfROk9niXTKa5rPwoJmsn1uS2.jpeg)

Masalah kesihatan gusi boleh dikatakan kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia.

Jika sakit gusi tidak dirawat ianya mungkin boleh mengakibatkan kehilangan gigi tau! Haa.. tak nak lah sampai kena guna gigi palsu pulak kan? Fakta tentang gusi ni banyak tapi banyak juga mitos-mitos yang buat ramai orang salah faham.

Jom tengok apa antara mitos-mitos yang selalu diperkatakan tu!

1. Orang tua je alami gusi berdarah

![|630x414](upload://spfMVqCG2pI7qn2y6ZiV0KMfGKr.png)

Tidak sama sekali! Tetapi apabila bertambah usia risiko untuk mengalami masalah gusi juga akan meningkat.

Sebenarnya terdapat banyak faktor boleh sehingga mempengaruhi masalah seumpama ini. Sama ada perubahan hormon, kurang pegambilan nutrien atau tidak menggunakan alatan oral yang bersesuaian. Malah, faktor utama masalah ni sebenarnya adalah kerana pengabaian penjagaan oral.

2. Tak ada masalah gigi, tak payahlah jumpa doktor gigi!

![|400x580](upload://4uu92rbIj7ZSaGvMFW6lJUSsFSJ.gif)

Mengaku jelah memang ramai yang tak akan jumpa dentist selagi korang tak ada masalah gigi kan? Seeloknya korang kena datang janji temu pemeriksaan gigi yang ditetapkan.

Korang mungkin tak ada rasa sebarang sakit tapi dengan pemeriksaan tersebut, doktor gigi korang boleh kesan lebih awal kalau ada tanda masalah gusi bagi mengelakkan benda tu jadi lagi teruk!

3. Memberus gigi dengan kuat supaya lebih bersih

![|630x473](upload://eu1sRXb4B9s37prEIxFIKNyH6TV.jpeg)

‘Bristles’ pada berus gigi direka khas untuk menanggalkan plak dan bakteria bukan untuk korang sental gigi sebab kononnya nak gigi yang lebih bersih dan putih ya..

Sekiranya korang terus memberus gigi secara agresif ia boleh menyebabkan lapisan enamel menipis, seterusnya mendedahkan lapisan dentin pada gigi. Gusi korang juga berisiko untuk menyusut dan terjadi pendedahan akar gigi yang lembut.

4. Gigi putih maknanya sihat lah tu!

![|2000x1000](upload://hsgST7E8A7Z1ywv188cywcggzoW.gif)

Gigi yang terlihat putih tak bermaksud ianya sihat dan kuat sebab gigi korang mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda masalah pereputan kerana ianya tersorok, boleh jadi di dalam gusi ataupun di kawasan belakang gigi.

Sebab tulah penting untuk korang sentiasa tepati janji temu dengan doktor gigi agar dorang boleh buat pemeriksaan berkala dan tentukan tahap kesihatan oral korang.

Ingat, tak kisah lah gigi korang putih atau tidak yang penting korang ada gusi yang sihat!

5. Gula-gula getah sama berkesan seperti memberus gigi

![|630x355](upload://sraOyeliFuSk9yLTnPpUcXUQGB8.jpeg)

Mengunyah gula-gula getah bebas gula dalam masa 20 minit selepasa makan membantu mencegah masalah pereputan gigi. Tapi ianya masih tidak seberkesan korang memberus gigi tau.

Gula-gula getah adalah pilihan pantas untuk korang yang perlukan nafas segar ketika melakukan aktiviti luar tetapi tidak bermakna ia boleh menggantikan rutin memberus gigi korang.

6. Gusi berdarah bukan perkara serius

![|630x420](upload://7ZLk9zLy7kOR8oXYjXQFTzkBzRW.jpeg)

Ramai dari kita selalu tak endah pun kalau gusi berdarah, kita anggap benda tu macam biasa je. Tapi sebenarnya tidak! Gusi berdarah ketika memberus gigi adalah tanda awal korang sedang mengalami masalah gusi.

Gejala awal masalah gusi sebenarnya boleh diselesaikan dengan rawatan yang betul dan penjagaan oral harian yang baik!

Jadi suka untuk kami ingatkan sekali lagi supaya jangan lupa untuk sentiasa lakukan pemeriksaan di klinik gigi walaupun korang rasa gigi korang tu tak ada masalah dan kalau korang sendiri terasa ragu-ragu dengan sebarang masalah oral terus je dapatkan nasihat dari pakar okay!

Cuba parodontax sebagai salah satu rutin penjagaan oral harian!

![|512x208](upload://y2zC8mdjn6AvcX3iy6El0UBAHdw.jpeg)

Tak tahu macam mana nak mulakan penjagaan oral yang baik? Jom mula dengan guna ubat gigi parodontax!

Mengandungi 67% garam mineral sebagai salah satu bahan utama, ubat gigi ini membantu menghentikan dan mencegah masalah gusi serta  pembentukkan bakteria. Ingat gigi yang sihat bermula dengan gusi yang sihat!

Lazada atau Shopee pun ada!

parodontax boleh didapati di rangkaian pasaraya dan farmasi terpilih tapi kalau nak senang apa kata korang beli online je dekat Lazada atau Shopee.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk parodontax korang boleh ke laman web rasmi mereka di SINI.

MAL17055003XC Ini adalah Iklan Produk Ubat KKLIU: 0556/2022 Tarikh Tamat Tempoh: 31 Disember 2024. Cap dagangan adalah dimiliki oleh atau dilesenkan kepada kumpulan Syarikat GSK. PM-MY-PAD-22-00002


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ini-6-mitos-tentang-kesihatan-gusi-yang-buat-ramai-orang-salah-faham