Ingin Kahwin Lain, Lelaki Sanggup Palsukan Sijil Kematian Isteri – ‘Kata Saya Dah Meninggal Sejak 2016’

![|650x429](upload://yO61GfTe9Rc9z5g1IxOLNCIB48A.png)

Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana ingin berpoligami, seorang lelaki berusia 56 tahun di Bali, Indonesia sanggup memalsukan surat kematian isterinya.

Palsukan sijil kematian isteri

![|650x538](upload://AtVGtjc0YsNxVS5H5FhJIgUUId2.png)

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Suara.com, isteri Suraji, Diah Suartini mengatakan bahawa dia pergi ke pejabat agama kerana ingin mengesahkan perkahwinannya bersama suaminya selepas lelaki berkenaan mengaku sudah berkahwin dengan wanita lain yang bernama Hernanik.

Saya pergi ke pejabat agama kerana saya pelik macam mana suami saya boleh berkahwin lain sedangkan saya tak beri izin.

Alangkah terkejutnya apabila wanita berkenaan mendapat tahu bahawa si suami telah mengisi borang dengan menulis bahawa dirinya sudah meninggal dunia semata-mata ingin berkahwin lain.

Bila saya periksa rupanya nama saya dah ditulis sebagai meninggal dunia.

Kebajikan isteri dan anak terabai

![|650x378](upload://iizPvSpFd88bGEmO4Ffn4KYoqb3.png)

Ujarnya lagi, sejak suaminya mendirikan rumah tangga dengan wanita lain, kebajikannya serta anak-anak sering terabai.

Saya sakit hati betul. Dia tipu dengan mengatakan yang saya dah meninggal dunia sejak 2016 semata-mata nak kahwin lain. Kami dah berkahwin selama 33 tahun pada 1 Ogos 1989.

Walau bagaimanapun, Suraji dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan, manakala rakan subahatnya, Abdul Munir dikenakan penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Negeri Denpasar, Indonesia.

Sumber : Suara.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ingin-kahwin-lain-lelaki-sanggup-palsukan-sijil-kematian-isteri-kata-saya-dah-meninggal-sejak-2016