Influencer Thailand Meninggal Dunia Tercekik Kebab Babi, 2 Bulan Guna Mesin Sokongan Hayat

Foto: Daily Star

Pempengaruh Thailand, Arisara Karbdecho dikejarkan ke hospital berikutan tercekik kebab babi sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 12.50 tengah hari, pada 6 Jun lalu.

Influencer meninggal dunia tercekik kebab

Foto: Daily Star

Menerusi laporan antarabangsa, Arisara Karbdecho, 27, sebelum ini dipercayai menggunakan mesin sokongan hayat selama dua bulan dan kematiannya telah disahkan oleh keluarga dan kenalannya. Ujar rakan kepada wanita ini, Sirikanda Chaibrurut majlis pengebumian untuk mendiang akan berlangsung sehingga 10 Jun sebelum dikebumikan pada 11 Jun.

Semua orang yang mengenal Arisara berasa sedih. Kami terkejut apabila kejadian itu berlaku dan kami berdoa agar dia cepat sembuh. Dia sangat muda dan cantik. Saya sedih dia telah pergi buat selama-lamanya.

Pempengaruh ini berjaya dikenali ramai berikutan kerap berkongsi foto-foto memakai kostum watak animasi dan permainan video. Apa yang lebih membanggakan apabila dia berjaya menguruskan tubuh badannya dalam tempoh tiga minggu sahaja.

Ujar ibunya, Supicha, 57, Arisara dikatakan makan kebab babi dengan tergesa-gesa sehingga menyebabkan makanan tersebut ‘tersangkut’ pada kerongkongnya sebelum dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, doktor menjelaskan mereka terlambat sembilan minit dan perkara tersebut menyebabkan otak mangsa mengalami kekurangan oksigen untuk satu tempoh yang agak lama.

Saya ingin mengingatkan semua remaja agar menjaga kesihatan masing-masing dengan baik, makan tepat pada masanya dan mendapatkan rehat yang secukupnya.

Sumber: Daily Star


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/influencer-thailand-meninggal-dunia-tercekik-kebab-babi-2-bulan-guna-mesin-sokongan-hayat