Influencer Dedah Habis RM50k Shopping Dengan 8 Isteri – ‘Kena Beli Hadiah Sama, Kalau Tak Mereka Akan Gaduh’

Seorang lelaki yang merupakan selebriti media sosial mendedahkan telah membelanjakan wang sebanyak £9,000 iaitu hampir mencecah RM50,000 untuk lapan orang isterinya sempena Hari Kekasih di Brazil.

Belanja RM50k untuk 8 isteri

Lelaki yang dikenali dengan nama Arthur O Urso telah viral di media sosial kerana memiliki sembilan orang isteri namun baru-baru ini, Arthur dikatakan telah berpisah dengan salah seorang isterinya. Kini, model terkenal Brazil ini mempunyai lapan isteri yang dicintainya. Menerusi laporan Daily Star, demi menunjukkan cinta, kasih sayang dan penghargaan kepada isteri-isterinya, Arthur memaklumkan dia nekad untuk membelikan hadiah buat wanita istimewa dalam hidupnya sempena Hari Kekasih pada 12 Jun lalu.

Tambah Arthur lagi, dia telah membelanjakan wang hampir RM50,000 untuk lapan orang isterinya itu. Apabila bertanya mengenai hubungan rumah tangganya, Arthur mengakui dia masih cuba melakukan yang terbaik. Difahamkan, Arthur menjelaskan bahawa dia perlu membeli hadiah yang sama kepada semua isterinya, sekiranya tidak, pasti akan ada ‘pergaduhan’.

Saya masih belajar tentang semua ini, tetapi saya sentiasa cuba melakukan yang terbaik. Lebih-lebih lagi kerana saya mempunyai lebih daripada seorang wanita, jadi saya perlu menjadi yang terbaik dengan mereka semua.

Saya sentiasa perlu membeli hadiah yang sama, paling banyak menukar warna, jika tidak ada pergaduhan antara mereka.

Sumber: Daily Star


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/influencer-dedah-habis-rm50k-shopping-dengan-8-isteri-kena-beli-hadiah-sama-kalau-tak-mereka-akan-gaduh