Iman Troye Ucap Selamat Hari Lahir, Ini Respon Naim Daniel – ‘Tunggu Cincin’

![|650x424](upload://6S3OGZKmm6nWb5FSUAzj8YUIC47.png)

Sebelum ini penyanyi, Iman Troye pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama Naim Daniel. Namun mereka berdua menafikan dakwaan berkenaan dan mengakui bahawa hanyalah sekadar adik dan abang sahaja.

Artikel berkaitan : Muat Naik Foto Bersama Iman Troye & Berbalas Emoji ‘Love’, Peminat Naim Daniel ‘Frust’ Sampai Nak Unfollow IG?

Ucap selamat hari lahir pada Naim Daniel

![|650x492](upload://2L0ufasvs8BwddJnEkwKkjoJAGO.png)

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Iman Troye di Instagram, kelihatan satu foto dia bersama Naim Daniel beserta ucapan selamat hari lahir itu telah menarik perhatian netizen.

Selamat hari tua abang sayang, adik wuv u!

Tetapi apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah komen yang ditinggalkan oleh penyanyi serta komposer itu di ruangan komen Instagram Iman Troye. Hal ini secara tidak langsung menguatkan lagi spekulasi mengenai mereka berdua.

Tunggu cincin.

Pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin turut meletakkan tanda nama Naim Daniel pada dirinya seolah-olah penyanyi berusia 24 tahun itu miliknya.

Iman siap balas emoji ‘love’

![|650x204](upload://uhCfZesSjr6VX83Ik34NxC2f9e6.jpeg)

Sumber : imantroye


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/iman-troye-ucap-selamat-hari-lahir-ini-respon-naim-daniel-tunggu-cincin