IGN SEA Bawakan Squad Up Athena, Pertandingan Mobile Legends Untuk Gamers Wanita

![|650x316](upload://xodieAmNDNZ6F0CRgRf6hNVmri7.jpeg)

Buat pertama kalinya IGN SEA membawakan pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang diterajui wanita terbuka untuk semua rakyat Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia. Squad Up Athena dianjurkan oleh IGN SEA untuk memperkasakan wanita dalam e-sukan terutamanya di Asia Tenggara.

Squad Up Athena— sempena ikon dewi peperangan

![|650x339](upload://f8fBPZxz3wcz2GNYlmrBJt2zsF0.jpeg)

Pertandingan yang bakal menyaksikan 24 pasukan berentap itu diberi nama Squad Up Athena sempena dengan nama ‘Athena’ dari mitologi Greek yang merupakan ikon dewi peperangan dan kebijaksanaan. 12 daripada 24 pasukan itu dijemput sendiri oleh para creators Facebook.

Bagi memeriahkan lagi Squad Up Athena, creators yang menyertai pertandingan ini juga bakal berentap dalam perlawanan persahabatan pada 21 Disember nanti.

Pusingan kelayakan akan bermula pada 18 sehingga 20 Disember dan peringkat kebangsaan perlawanan akan bermula pada 7 Januari 2022 untuk Malaysia dan Singapura, 8 Januari di Indonesia dan 9 Januari bagi Filipina dan peringkat antarabangsa pula akan bermula pada 15 Januari 2022 untuk pasukan yang layak.

Jumlah wang hadiah terkumpul dari setiap rantau adalah RM20,000 dan RM40,000 untuk finals antarabangsa.

Bagi sesiapa yang berminat, boleh baca peraturan pertandingan di sini mendaftarkan pasukan anda di laman sesawang ini:

Malaysia & Singapura , Indonesia , Filipina


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ign-sea-bawakan-squad-up-athena-pertandingan-mobile-legends-untuk-gamers-wanita